31 August 2021

PEMBERIAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) SK JENDERAM TAHUN 2021

Pemberian bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) SK Jenderam bagi tahun 2021 akan diadakan mengikut ketetapan berikut :-


Tarikh : 2 September 2021 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Laluan Berbumbung (di hadapan Blok Utama)

Sasaran : Penerima KWAPM (rujuk guru kelas masing-masing)


Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP berikut :-

1. Memakai topeng separuh muka.

2. Mengambil suhu dan mencatat butiran peribadi di pondok pengawal atau mengimbas MySejahtera.

3. Sila bawa pen sendiri untuk mengisi Borang Penerimaan KWAPM.

4. Sentiasa mematuhi masa yang ditetapkan serta menjaga penjarakan sosial.

PERTANDINGAN SWAFOTO BERSAMA JALUR GEMILANG

 

SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2021

 

30 August 2021

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA BENDERA MALAYSIA

Pertandingan Melukis dan Mewarna Bendera Malaysia sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini telah dibuka kepada murid-murid Tahap 1 sahaja. Pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual ini dibuka mulai 30 Ogos 2021 hingga 5 September 2021.

Pemenang akan ditentukan melalui kemasan dan ketepatan warna pada lukisan yang disediakan. Murid perlu berswafoto dengan hasil lukisan masing-masing sebelum dihantar melalui Telegram Pendidikan Seni Visual kelas masing-masing. Gambar Bendera Malaysia (Kosong) boleh dimuat turun pada pautan berikut :-

Bendera Malaysia (Kosong)

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut :- 

✔️ Bahan & alatan: kertas, alat tulis, pensel warna.

✔️Murid boleh memilih untuk mencetak sendiri ATAU melukis sendiri bendera Malaysia. (Mengikut kemudahan masing-masing)

✔️ Jika murid memilih untuk melukis sendiri, pastikan lukisan bendera Malaysia adalah tepat dan kemas. Gunakan ruang kertas yang ada sebaiknya.

✔️ Murid perlu mewarna bendera Malaysia yang dilukis dengan menggunakan pensel warna. Warna yang digunakan mestilah tepat.

✔️ Murid boleh melihat contoh gambar yang diberi sebagai rujukan.

✔️ Hasil karya yang paling cantik dan tepat akan dipilih sebagai pemenang. 

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK ATAU SAJAK MERDEKA DALAM BAHASA ARAB

 Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SENADA.

Sempena pelancaran Bulan Kebangsaan pada tahun ini, Panitia Bahasa Arab akan menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik atau Sajak Merdeka dalam Bahasa Arab. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Para peserta diberi 3 pilihan lagu seperti di bawah ini. Peserta hanya boleh memilih satu lagu sahaja. Skema pemarkahan juga turut disertakan bersama.

Bagi pertandingan sajak pula, pilihan sajak telah diberikan di Telegram kelas masing-masing. Peserta boleh memilih satu sajak sahaja. Peserta boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk menambahbaik cara penyampaian sajak tersebut agar lebih menarik dan menghiburkan. Penyampaian sajak perlu dibuat dalam bentuk video dan dihantar melalui Telegram kepada Ustazah Zurailah untuk penilaian. Tarikh akhir penghantaran rakaman video tersebut adalah sebelum 10 September 2021.

🌹Pilihan lagu:

1.  https://youtu.be/VWa0ZFwVF8k

2.  https://youtu.be/8gRWik_dnIU

3.  https://youtu.be/iLBbmjO7f1g

🌹Murid boleh memilih satu sahaja lagu untuk dinyanyikan.

🌹PEMARKAHAN BERDASARKAN:

     1. Suara - 30%

     2. Tempo lagu - 30%

     3.  Gaya persembahan - 20%

     4.  Kreativiti - 20%

🌹Nyanyian mestilah dalam bentuk rakaman video.

🌹Rakaman yang telah siap sila hantar ke Telegram personal USTAZAH ZURAILAH

🌹Teks sajak boleh ambil dalam Telegram kelas masing masing

🌹Syukran semua

PENDAFTARAN PENERIMAAN VAKSINASI COVID-19 MURID TAHUN 6

Assalamualaikum w.b.t.

Mohon kerjasama ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 Cemerlang untuk mengisi maklumat dalam borang berkaitan Vaksinasi Covid -19 untuk pelajar tahun 6 melalui pautan berikut :

https://forms.gle/3faYDTrg9uYwVZDh9

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN SK JENDERAM TAHUN 2021

Assalamulaikum w.b.t. dan Salam SENADA.

Hari Kebangsaan Malaysia sudah hampir menjelang tiba. SK Jenderam turut menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan yang dilakukan pada setiap tahun. Berikut adalah butiran berkaitan pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan kali ke-64 peringkat SK Jenderam.

📅 Tarikh : 30 Ogos 2021 (Isnin)

🏠 Tempat : Kediaman masing - masing

📱Medium : Youtube  

Sasaran : Warga SK Jenderam

📍 Link Youtube: 

https://youtu.be/du5Qqu4bR98

📗 Buku Program :

https://anyflip.com/ewhqt/zqlh/

26 August 2021

PEMENANG PERTANDINGAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SK JENDERAM TAHUN 2021

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang Minggu Sains dan Matematik SK Jenderam Tahun 2021 yang telah diadakan dari 9 hingga 13 Ogos 2021 secara dalam talian. Senarai penuh nama pemenang bagi pertandingan yang telah disertai boleh klik pada pautan di bawah ini :-

1. Pemenang Pertandingan Sains

2. Pemenang Pertandingan Matematik







24 August 2021

PEMENANG PERTANDINGAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M SK JENDERAM

 


Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang pertandingan sambutan Maal Hijrah 1443H/2021M 
SK Jenderam. Senarai nama para pemenang boleh disemak melalui pautan di bawah ini :-


23 August 2021

UJIAN KERTAS MODEL OTI-2 DARJAH 6 TAHUN 2021

Merujuk kepada perkara di atas, murid tahun 6 juga akan menduduki ujian pada minggu hadapan ( 23 - 26 Ogos 2021 ) secara luar talian. 

Setiap murid akan dibekalkan 1 set kertas soalan subjek teras iaitu :- 

1. Bahasa Melayu Pemahaman

2. Bahasa Melayu Penulisan

3. Bahasa Inggeris Pemahaman

4. Bahasa Inggeris Penulisan

5. Matematik Kertas 1

6. Matematik Kertas 2

7. Sains Kertas 1

8. Sains Kertas 2


Bagi memastikan ujian ini dapat dilaksanakan dengan lancar, tarikh-tarikh berikut perlu diikuti :-

 📌 20 Ogos / Jumaat  (Bermula jam 2.00 petang) hingga 22 Ogos / Ahad  - ibu bapa / penjaga boleh mula mengambil set kertas soalan di pondok pengawal SKJ dan tandatangan borang pengambilan ( Sila bawa pen sendiri )

📌 23 - 26 Ogos - Murid- murid mula menjawab soalan ( Jawab soalan mengikut tempoh masa yang dinyatakan pada kertas soalan ) Disarankan 1 subjek, 1 hari.

📌 26 (petang) - 28 Ogos - kertas  peperiksaan yang telah siap dijawab dihantar semula ke pondok pengawal sekolah.( Pastikan nama yang lengkap di tulis pada setiap kertas  jawapan dan kertas jawapan dimasukkan semula ke dalam plastik soalan )

📌 29 Ogos - Guru subjek mengambil kertas jawapan murid untuk disemak.


Peringatan... 

📢Murid yang tidak menghantar kertas jawapan mengikut tarikh yang dinyatakan akan dikira tidak hadir

📢 Ibu bapa / penjaga diminta memantau dan memastikan anak tuan / puan menduduki ujian ini.

📢 Pastikan murid-murid jujur semasa menduduki ujian ini.


Moga mendapat kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan ujian ini.


SELAMAT MAJU JAYA


Sekian, terima kasih.


Penyelaras Tahun Enam

HASLINDA BINTI MAHAD

UJIAN BULANAN TAHUN 2021

Ujian bulanan akan dijalankan bermula dari 23 hingga 26 Ogos 2021 bagi Tahun 4 dan 5 sahaja. Ujian ini meliputi mata pelajaran teras yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Murid Tahun 6 akan menjalani ujian tersebut menggunakan kertas soalan yang dibekalkan oleh pihak sekolah.

Berikut adalah jadual ujian bulanan yang akan dijalankan :-

Hari & Tarikh

9.00 – 10.00

11.00 – 12.00

Isnin (23/08/21)

Tahun 4 (BM)

Tahun 4 (MT)

Selasa (24/08/21)

Tahun 4 (BI)

Tahun 4 (SN)

Rabu (25/08/21)

Tahun 5 (BM)

Tahun 5 (MT)

Khamis (26/08/21)

Tahun 5 (BI)

Tahun 5 (SN)

Ujian akan dijalankan secara Google Meet pada masa yang telah ditetapkan seperti jadual di atas. Mohon ibu bapa bersedia dengan perkakasan (gadget) untuk menjawab soalan secara dalam talian.

19 August 2021

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H SK JENDERAM

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SENADA.

Sambutan Maal Hijrah SK Jenderam 2021M / 1443H akan diadakan pada:

Hari : Jumaat

Tarikh : 20 Ogos 2021

Masa : 8.00 - 10.00 pagi

Tempat : Kediaman masing-masing

Platform : Google Meet

Pakaian : Baju Melayu (Lelaki) atau Baju Kurung (Perempuan)

Kehadiran semua guru dan murid warga SK Jenderam adalah diwajibkan.

Hadirin boleh menyertai sambutan tersebut melalui pautan Google Meet berikut:

https://meet.google.com/sta-tmtz-irx

Buku program pula boleh dilayani melalui  pautan AnyFlip seperti di bawah ini:

https://anyflip.com/ojzum/hckh/

Sekian, terima kasih.

16 August 2021

CABARAN MENCARI IKON HARTA KARUN DALAM RAK MAYA SEKOLAH KITA 2021

 

Assalamualaikum semua anak-anak murid SK Jenderam. 

🌹Mari tonton video di bawah: 


Siapa sudah lihat ebook-ebook dalam RAK MAYA sekolah kita? Boleh klik link ini : 


Sepanjang bulan OGOS ini, siapa yang rajin baca ebook akan berpeluang untuk menang hadiah.

Dalam banyak-banyak ebook dalam Rak Maya sekolah kita itu, hanya ada 1 judul ebook sahaja yang ada IKON HARTA KARUN, carilah sampai jumpa.

🌹Bagaimana rupa IKON ini? Cikgu telah tunjukkan dalam video diatas.

🌹Cikgu cabar setiap anak murid untuk cari IKON HARTA KARUN itu. Jika jumpa, klik pada IKON untuk dan isikan maklumat yang nama dan kelas. 

🌹Siapa yang rajin membaca semua ebook itu, tentunya akan bertemu dengan IKON PETI HARTA KARUN. Cikgu harap ramai pelajar bertuah dapat merebut hadiah yang disediakan.

🌹Sila klik link ini ke RAK MAYA BLINK SK JENDERAM : 



🌹 Tarikh akhir untuk mencari IKON HARTA KARUN itu adalah pada 31 Ogos 2021. 

SELAMAT BERJAYA!

PEMENANG AKTIVITI KARNIVAL STEM ONLINE CHALLENGE 2021

 Assalamualaikum dan Salam SENADA,

Berikut ialah senarai pemenang Karnival Stem Online Challenge 2021 yang telah diadakan pada 7 Julai - 31 Julai 2021.

👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta.









10 August 2021

FAQ RINGKAS PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2022

 1. Saya belum mendaftarkan anak untuk sekolah tahun satu sesi 2022, apa tindakan yang saya perlu buat?

🖥️ Sila daftarkan anak secara online di portal Modul Pengurusan Murid public.moe.gov.my . Pendaftaran secara online dibuka sehingga Disember 2021.

Jika pengguna baharu sila daftar sebagai pengguna baharu menggunakan ID penjaga, manakala jika penjaga ada anak lain sebelum ini yang telah bersekolah di sekolah kerajaan, guna ID dan Password yang sama untuk pendaftaran anak yang seterusnya.


2.Saya telah mendaftar di portal tetapi masih belum nampak penempatan sekolah anak saya.

🖥️ Sila semak sama ada penjaga telah menghantar cetakan maklumat pendaftaran serta dokumen-dokumen yang lengkap ke sekolah yang didaftarkan.

Dokumen perlu dihantar untuk  tujuan pengesahan oleh pihak sekolah seterusnya untuk proses penempatan oleh PPD. 


3.Saya telah menghantar cetakan maklumat pendaftaran dan dokumen yang lengkap tetapi penempatan anak saya masih tidak ada keputusan. 

📑Jika semua dokumen lengkap telah dihantar ke sekolah tetapi masih belum ada penempatan sekolah, sila berhubung terus dengan pihak sekolah dengan membuat panggilan untuk maklumat lebih terperinci. 


4.Anak saya telah ditempatkan sekolah tetapi tidak dapat sekolah yang menjadi pilihan saya. Bagaimana hendak membuat rayuan?

📝Proses rayuan telah dibuka mulai 1 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021. 

Penjaga perlu buat rayuan secara online di portal public.moe.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh die-melkan kepada pegawai meja seperti alamat e-mel yang diberikan di portal.


5.Bilakah saya boleh melihat keputusan rayuan sekolah anak saya?

📌Semakan keputusan rayuan akan dibuka mulai 1 Oktober 2021 dan keputusan adalah muktamad.


09 August 2021

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK TAHUN 2021


Minggu Sains dan Matematik akan dijalankan seperti ketetapan berikut : -

Tarikh : 9 - 13 Ogos 2021
Tempat : Kediaman masing-masing
Sasaran : Semua murid Tahun 1 - 6

Pelbagai pertandingan akan diadakan dengan hadiah-hadiah yang menarik. Murid-murid yang berminat, boleh berhubung dengan guru mata pelajaran masing-masing.

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 13 Ogos 2021.Sekian, terima kasih.

02 August 2021

PERMOHONAN PENEMPATAN SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2022

 Assalamualaikum w.b.t.


Ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 sekalian, 


Borang Permohonan Penempatan Sekolah (BPPS) telah diletakkan di pondok pengawal 👆🏻. 


Mohon ibu bapa :

1. Bawa pen sendiri untuk tandatangan borang pengambilan borang.

2. Menjaga SOP semasa pengambilan borang.

3. Ibu bapa yg sedang menjalani kuarantin tidak perlu datang buat masa ini( Maklumkan kepada Saya)


Terima kasih atas kerjasama tuan/puan

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 NEGERI SELANGOR

 🤷‍♂️ Bila boleh semak permohonan?

🧑🏻‍🏫 1 Ogos 2021 (Permohonan biasa) manakala 1 Oktober 2021 (Permohonan lewat) melalui public.moe.gov.my


🤷‍♂️ Macam mana nak buat rayuan?

🧑🏻‍🏫 Rayuan dalam daerah secara dalam talian shj.


🤷‍♂️ Mesti buat pengesahan di sekolah ke?

🧑🏻‍🏫 Pengesahan secara dalam talian sahaja. (Rujuk sekolah jika ada keperluan tambahan)


🤷‍♂️ Nak tukar sekolah di luar Selangor macam mana pula?

🧑🏻‍🏫 Hubungi PPD untuk reset permohonan dan penjaga perlu kemas kini sekolah/negeri baharu dan dikira pendaftaran lewat. Selepas 15 Disember 2021 hingga sekolah bermula perlu menggunkaan Borang ASBS.


🤷‍♂️ Anak saya tidak ditempatkan di sekolah dimohon dan rayuan tidak berjaya. Macam mana kalau saya nak mohon juga ke sekolah berkenaan?


🧑🏻‍🏫 Boleh memohon pertukaran sekolah apabila sesi persekolahan tahun 2022 bermula menggunakan Borang P.U(A) 275 dari sekolah asal. Kelulusan tertakluk kepada kekosongan tempat.


🤷‍♂️ Bila Hari Orientasi tahun 1?

🧑🏻‍🏫 Penjaga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah tarikh dan cara pelaksanaan oreintasi kerana perhimpunan secara fizikal masih tidak dibenarkan dan bergantung kepada SOP atau arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.