26 January 2014

KURSUS KEPIMPINAN & PENGUKUHAN DIRI 2014

KURSUS KEPIMPINAN & PENGUKUHAN DIRI telah dijalankan pada 25 Januari 2014. Kursus ini di bawah anjuran Unit Disiplin SKJ dan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKJ.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Fauziatul Durra binti Ahamad Fauzi dan telah disertai oleh semua Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Kursus ini telah berjalan dengan baik dan lancar atas komitmen guru-guru yang terlibat serta para peserta yang memberikan kerjasama yang baik.







25 January 2014

BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014

Pada 24 Januari 2014, Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah anjuran Pusat Sumber Sekolah telah dijalankan di Pusat Sumber SK Jenderam. Bengkel ini keseluruhannya telah dikendalikan oleh Puan Hamifah binti Hamid selaku Guru PSS SKJ 2014.

Bengkel berjalan dengan lancar dan baik atas komitmen guru dan kerjsama yang diberikan oleh para peserta.





23 January 2014

PELANCARAN NILAM SKJ 2014

PELANCARAN NILAM SKJ 2014 telah diadakan pada 21 Januari 2014 dan telah disempurnakan oleh YM Raja Maimunah binti Raja Harun, Guru Besar SK Jenderam







SAMBUTAN MAULIDURRASUL SKJ 2014

Sekolah Kebangsaan Jenderam telah mengadakan Sambutan Maulidurrasul 1435 Hijrah pada 16 Januari 2014 dari jam 11.00 pagi hingga jam 1.30 petang.Antara aktiviti yang dijalankan ilah pertandingan Tilawah, pertandingan Hafazan dan pertandingan bercerita Sirah Rasulullah. Selain itu, persembahan selawat guru juga diadakan. 







13 January 2014

MAJLIS PERSARAAN PUAN KAMISAH BINTI MOHD DON, GPK KURIKULUM SKJ

BIODATA GURU

Segak bergaya putera mahkota,
Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,
Izinkan saya membacakan biodata,
Didahului dengan lafaz bismillah.

Bismillahirrahmanirrahim….

6 Januari 1956, di Tangkak, Johor merupakan tarikh keramat dengan lahirnya seorang puteri yang diberi nama Kamisah binti Mohd Don. Beliau merupakan anak ke 4 daripada 6 orang adik beradik. Puan kamisah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar Tangkak, Johor  pada tahun 1962 hingga 1967. Seterusnya menyambung pelajaran peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Aliran Inggeris, Tangkak, Johor pada tahun 1968 hingga 1974 dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Jalan Raja Muda, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di mana, kini Maktab tersebut telah bertukar lokasi iaitu Institut Pendidikan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Dengan tekad azam dan minat yang tinggi dalam bidang keguruan, beliau lebih yakin dan berani menempuh segala ujian dan halangan dalam arena perguruan. Kata orang, “alah bisa tegal biasa”, dan “genggam bara biar sampai jadi abu”, begitulah semangat yang dimiliki oleh Puan Kamisah Binti Omar, Guru Penolong Kanan Kurikulum yang sangat dihormati dan disayangi.
“Selamat Pagi Cikgu” ucapan keramat pertama yang diterima beliau pada Januari 1978 di Sekolah Tunku Mahmood, Kluang Johor. Khidmat bakti bagi anak-anak di Kluang, Johor tamat pada 1980, apabila cikgu Kamisah telah bertukar ke Dengkil, Selangor demi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri yang sempurna kepada En. Zainal Abidin bin Ahmad selepas sah diijabkabulkan pada 27 Ogos 1978 di Tangkak, Johor.
Pada tanggal Januari 1981, cikgu Kamisah mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jenderam, Kampung Jenderam Hulu. Khidmat bakti dicurahkan selama 21 tahun sehingga pada tahun 2002, cikgu Kamisah telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Jenderam Hilir sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum. Perkhidmatan beliau di SK Jenderam Hilir tamat pada tahun 2009 kerana Puan Kamisah sekali lagi ditempatkan ke Sekolah Kebangsaan Jenderam pada Julai 2009 sehingga hari ini.
Peranan berat sebagai Guru Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Jenderam membuatkan beliau lebih kental dan sentiasa bersedia menempuh segala ujian dalam melaksanakan tanggungjawab harian sebagai seorang isteri, ibu kepada 8 orang anak dan guru.
Selama 35 tahun perkhidmatannya, beliau merupakan seorang guru yang sentiasa bermotivasi. Bakat kepimpinannya sungguh menyerlah. Berpegang kepada prinsip hidupnya yang suka berterus terang dan hanya percaya kepada kejujuran. Beliau mempunyai wawasan yang cukup tinggi dan mesti dicontohi. Sikap prihatinnya terhadap anak didik amat tinggi malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak perkara. Beliau tidak pernah jemu dan mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak didiknya. 
Beliau telah memulakan tugas sebagai seorang guru penolong kanan 1 di SK Jenderam pada Disember 2009. Disinilah destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan beliau pada usia persaraan 58 tahun. Sikap keprihatinannya terhadap anak bangsa tidak pernah luntur ditelan masa di mamah usia. Sentiasa ikhlas menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan segalanya. Banyak masanya dihabiskan dengan mengabdikan diri pada tugasnya sebagai seorang guru.
Terang bulan dimalam hari,
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku,
Budi yang diapungkan didulangi ilmu,
Panggilan keramat CIKGU kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu disaat ini,
Basahlah kami meratap pilu.

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamu…….~

Acara memotong pulut kuning


penyampaian cenderahati daripada YM Raja Maimuhan, GB SKJ

Lambaian kenangan Pn. Kamisah, GPK Kurikulum SKJ