16 August 2021

CABARAN MENCARI IKON HARTA KARUN DALAM RAK MAYA SEKOLAH KITA 2021

 

Assalamualaikum semua anak-anak murid SK Jenderam. 

🌹Mari tonton video di bawah: 


Siapa sudah lihat ebook-ebook dalam RAK MAYA sekolah kita? Boleh klik link ini : 


Sepanjang bulan OGOS ini, siapa yang rajin baca ebook akan berpeluang untuk menang hadiah.

Dalam banyak-banyak ebook dalam Rak Maya sekolah kita itu, hanya ada 1 judul ebook sahaja yang ada IKON HARTA KARUN, carilah sampai jumpa.

🌹Bagaimana rupa IKON ini? Cikgu telah tunjukkan dalam video diatas.

🌹Cikgu cabar setiap anak murid untuk cari IKON HARTA KARUN itu. Jika jumpa, klik pada IKON untuk dan isikan maklumat yang nama dan kelas. 

🌹Siapa yang rajin membaca semua ebook itu, tentunya akan bertemu dengan IKON PETI HARTA KARUN. Cikgu harap ramai pelajar bertuah dapat merebut hadiah yang disediakan.

🌹Sila klik link ini ke RAK MAYA BLINK SK JENDERAM : 



🌹 Tarikh akhir untuk mencari IKON HARTA KARUN itu adalah pada 31 Ogos 2021. 

SELAMAT BERJAYA!

No comments:

Post a Comment