24 July 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKJ 2015

Pada 24 Julai 2015 (Jumaat), diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Jenderam 2015. Majlis bermula dengan aktiviti mantai pada malam Jumaat di dewan SKJ. Majlis Sambutan yang telah diadakan sangat meriah dengan suasana gotong royong guru-guru dan telatah murid-murid.












MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKJ 2015

Pada 14 Julai 2015, 27 Ramadan 1436H, Majlis Khatam al-Quran sempena bulan Ramadan anjuran Panitia Pendidikan Islam telah dijalankan. Seramai 42 orang murid terlibat sebagai peserta. Para peserta terdiri daripada murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Majlis tersebut juga telah diadakan penyampaian sumbangan bagi murid yatim dan murid miskin. Semua guru dan murid memberikan kerjasama yang baik.