30 October 2021

SMART READING CAMP ONLINE 2021

 


Smart Reading Camp Online adalah hasil kerjasama di antara SK Jenderam, Dengkil dengan SK Haji Ramli, Perak melalui Panitia Bahasa Inggeris sekolah masing-masing yang memfokuskan kepada penguasaan Bahasa Inggeris bagi murid-murid Tahap 1 yang belum menguasai tahap minimum iaitu murid-murid yang hanya menguasai Tahap Penguasaan (TP) 1 dan 2 sahaja.

Kem ini telah disampaikan oleh Cikgu Juliana bt. Muhammad Tajuddin dari SK Haji Ramli. Beliau merupakan Jurulatih Utama Phonics dan Bahasa Inggeris Negeri Perak. Beliau pernah menerima Anugerah PdP Kreatif semasa PKP 2020 dan Anugerah Ikon Guru Inovasi dalm PdP 2020.

Dalam kem ini, murid-murid telah didedahkan kepada cara sebutan (phonetic) yang betul dalam Bahasa Inggeris yang berlainan daripada Bahasa Melayu. Teknik yang beliau gunakan juga dapat menarikminat murid kerana beliau menggunakan kaedah didik hibur dengan menggabungjalinkan pengajaran Bahasa Inggeris dengan lagu serta gaya.

Murid-murid yang menyertai kem ini amat teruja dan bersemangat dengan teknik yang digunakan oleh guru yang membiasakan dirinya dipanggil Miss Ju. Murid-murid turut diajak menyanyi dan menari dengan gaya bahasa yang memudahkan mereka untuk mengingat sebutan dengan tepat.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Juliana kerana telah berjaya membimbing murid-murid ini menguasai sebutan Bahasa Inggeris dengan betul. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norhayati binti Salleh (Guru Besar) SK Haji Ramli kerana sudi bekerjasama dengan SK Jenderam untuk menjayakan Smart Reading Camp Online ini.

Sekalung penghargaan harus diberikan kepada guru-guru Panitia Bahasa Inggeris kedua-dua buah sekolah kerana telah bertungkus-lumus menjayakan kem ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. 

No comments:

Post a Comment