25 October 2015

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1437H

Panitia Pendidikan Islam SK Jenderam telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah pada 23 Oktober 2015. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Ceramah Hijrah yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fazli, GPK Kurikulum SK Bukit Tampoi (A) dan persembahan nyanyian oleh guru-guru pelatih dari IPG Kampus Islam Bangi. Sambutan berjalan dengan baik dan lancar.

ucapan aluan daripada cikgu Mohd Razalli, GPK Kurikulum SK Jenderam





HARI SUKAN NEGARA 10 OKTOBER 2015

Sempena sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2015, SK Jenderam berinisiatif mengadakan Program Senaman Aerobik bagi semua warga SK Jenderam. Program tersebut telah diketuai oleh Mohd Ashrul yang merupakan guru praktikum dari IPG Kampus Islam Bangi. program berjalan selama 2 jam bermula jam 8 pagi hingga jam 10 pagi. Selain bertujuan melahirkan warga SK Jenderam yang sihat, program ini juga dapat menjalinkan hubungan yang baik antara warga SK Jenderam.

'BADAN YANG SIHAT OTAK YANG CERDAS'






06 October 2015

HARI KELUARGA SK JENDERAM 2015

Pada 3 dan 4 Oktober, Kelab Guru dan Staf SK Jenderam telah menganjurkan Program Hari Keluarga yang bertempat di Pantai Indai Seaview Kuala Selangor. Program ini bertujuan mengeratkan silaturrahim antara keluarga staf-staf SK Jenderam. program berjalan dengan lancar. Semua yang hadir sangat gembira dengan aktiviti yang telah dijalankan.

santai di kolam

Dinner BBQ

Cabutan Bertuah...bertuahnya;)

Aktiviti anak-anak

aktiviti ibu-ibu

sukaneka..makan tembikai;)sedapnya

suap ayah laling...kasih anak kepada ayah

Perfect Match

Pancing guli...kecekapan kaki