29 April 2022

PROGRAM SEMARAK ROHANI SUCI PANDU PUTERI PERINGKAT NEGERI 2022.

 Aktiviti anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor dan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Tarikh : 23 April 2022
Masa : 8.45 - 1.00pm
Pelantar : youtube Live dan Google Meet
Tempat: SK Jenderam.

Seramai 6 orang ahli Pandu Puteri Tunas dan 4 orang pemimpin Pandu Puteri  SK Jenderam telah menyertai program ini.

Tahniah kepada para peserta ahli Pandu Puteri Tunas yang telah memberi komitmen yang baik sepanjang program dijalankan.









Facebook Rasmi SK Jenderam : 
https://www.facebook.com/groups/1520294231566536/?ref=share

28 April 2022

PEMERIKSAAN KESIHATAN & SUNTIKAN TAHUN 1

 

Assalamualaikum & Salam SENADA

Pemeriksaan Kesihatan & Imunisasi Tahun 1
Tarikh : 22 APRIL 2022 
Hari : RABU 

Tahniah anak-anak tahun 1 SK Jenderam.
Masing-masing ceria & berani .

Terima kasih kepada Cikgu Aiman & Cikgu Durrah yang menemani murid sepanjang pemeriksaan.
Terima kasih juga kepada Unit Kesihatan Sekolah dari Klinik Kesihatan Salak.










Facebook Rasmi SK Jenderam : 
https://www.facebook.com/groups/1520294231566536/?ref=share


07 November 2021

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH MURID TAHAP 2 SK JENDERAM

 Assalamualaikum dan salam SENADA...


PERINGATAN MESRA KEPADA SEMUA MURID -MURID SK JENDERAM  

Perhatian kepada para ibu bapa.

Pembukaan sekolah bagi Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) bermula dari 8 November 2021.


1. Pastikan diri sihat sebelum   ke sekolah.

2. Pastikan anak-anak tuan/puan membawa:

✅ Sudu dan garpu

✅  Tisu/kain lap

✅  Hands sanitizer sendiri

✅ Air minuman sendiri (DILARANG BERKONGSI) 

✅ Duit utk bayar makanan di kantin.(Mohon sediakan wang kecil secukupnya)

✅ Piring/pinggan plastik untuk alas bungkusan makanan semasa makan. (Selepas makan masukkan ke dalam plastik dan basuh di rumah) 

✅ Digalakkan bawa sudu garpu sendiri

3. Pakai pelitup separuh muka

4. Datang  sebelum pukul 7.30 pagi

5. Semua murid  yang hadir awal sebelum pukul 7 pagi  perlu  masuk ikut pintu Pagar Utama

6. Murid yang tidak mahu  membeli makanan di kantin - jangan lupa bawa makanan/bekalan  sendiri - digalakkan bawa duit takut terlupa bawa bekal.

7. Jangan lupa bawa buku dan alat tulis

8. Mohon hadir ke sekolah mengikut jadual kumpulan penggiliran yang telah ditetapkan.


# Pintu pagar depan (Pagar A) dan pintu pagar belakang (Pagar B) akan dibuka untuk laluan datang dan pulang

# Pintu Pagar B akan dibuka dari pukul 7.00 hingga 7.30 sahaja manakala waktu balik pukul 12.15 hingga 1.45.

# Ibu bapa yang ada anak lebih daripada seorang disarankan meminta anak menunggu di satu tempat sahaja (Pagar A  @ Pagar B). Ini bagi memudahkan ibu bapa mengambil anak masing-masing. 

# Pintu pagar B hanya dibenarkan untuk "drop and drive" sahaja.

Tidak dibenarkan parkir kenderaan untuk mengelakkan kesesakan.

# Sekiranya hari hujan, mohon semua ibu bapa menggunakan Pintu Masuk Utama sahaja untuk masuk ke kawasan sekolah dan menurunkan anak di laluan yang berbumbung.

# Ibubapa murid aliran perdana tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah (kecuali ibu/bapa prasekolah dibenarkan)

# Hantar anak sehingga pintu pagar kelas prasekolah sahaja.


Waktu sesi persekolahan:


Tahap 1  

Isnin:7.40 - 1.00

Selasa: 7.40 - 1.00

Rabu: 7.40 - 12.30

Khamis : 7.40 - 1.00 

Jumaat : 7.40 - 12. 00


Tahap 2 

Isnin: 7.40 - 1.30

Selasa: 7.40 - 1.30

Rabu: 7.40 - 12.30

Khamis: 7.40 - 1.30

Jumaat: 7.40- 12.00


Peringatan mesra daripada,


GURU BESAR

SK JENDERAM

30 October 2021

SMART READING CAMP ONLINE 2021

 


Smart Reading Camp Online adalah hasil kerjasama di antara SK Jenderam, Dengkil dengan SK Haji Ramli, Perak melalui Panitia Bahasa Inggeris sekolah masing-masing yang memfokuskan kepada penguasaan Bahasa Inggeris bagi murid-murid Tahap 1 yang belum menguasai tahap minimum iaitu murid-murid yang hanya menguasai Tahap Penguasaan (TP) 1 dan 2 sahaja.

Kem ini telah disampaikan oleh Cikgu Juliana bt. Muhammad Tajuddin dari SK Haji Ramli. Beliau merupakan Jurulatih Utama Phonics dan Bahasa Inggeris Negeri Perak. Beliau pernah menerima Anugerah PdP Kreatif semasa PKP 2020 dan Anugerah Ikon Guru Inovasi dalm PdP 2020.

Dalam kem ini, murid-murid telah didedahkan kepada cara sebutan (phonetic) yang betul dalam Bahasa Inggeris yang berlainan daripada Bahasa Melayu. Teknik yang beliau gunakan juga dapat menarikminat murid kerana beliau menggunakan kaedah didik hibur dengan menggabungjalinkan pengajaran Bahasa Inggeris dengan lagu serta gaya.

Murid-murid yang menyertai kem ini amat teruja dan bersemangat dengan teknik yang digunakan oleh guru yang membiasakan dirinya dipanggil Miss Ju. Murid-murid turut diajak menyanyi dan menari dengan gaya bahasa yang memudahkan mereka untuk mengingat sebutan dengan tepat.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Juliana kerana telah berjaya membimbing murid-murid ini menguasai sebutan Bahasa Inggeris dengan betul. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norhayati binti Salleh (Guru Besar) SK Haji Ramli kerana sudi bekerjasama dengan SK Jenderam untuk menjayakan Smart Reading Camp Online ini.

Sekalung penghargaan harus diberikan kepada guru-guru Panitia Bahasa Inggeris kedua-dua buah sekolah kerana telah bertungkus-lumus menjayakan kem ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.