23 August 2021

UJIAN KERTAS MODEL OTI-2 DARJAH 6 TAHUN 2021

Merujuk kepada perkara di atas, murid tahun 6 juga akan menduduki ujian pada minggu hadapan ( 23 - 26 Ogos 2021 ) secara luar talian. 

Setiap murid akan dibekalkan 1 set kertas soalan subjek teras iaitu :- 

1. Bahasa Melayu Pemahaman

2. Bahasa Melayu Penulisan

3. Bahasa Inggeris Pemahaman

4. Bahasa Inggeris Penulisan

5. Matematik Kertas 1

6. Matematik Kertas 2

7. Sains Kertas 1

8. Sains Kertas 2


Bagi memastikan ujian ini dapat dilaksanakan dengan lancar, tarikh-tarikh berikut perlu diikuti :-

 πŸ“Œ 20 Ogos / Jumaat  (Bermula jam 2.00 petang) hingga 22 Ogos / Ahad  - ibu bapa / penjaga boleh mula mengambil set kertas soalan di pondok pengawal SKJ dan tandatangan borang pengambilan ( Sila bawa pen sendiri )

πŸ“Œ 23 - 26 Ogos - Murid- murid mula menjawab soalan ( Jawab soalan mengikut tempoh masa yang dinyatakan pada kertas soalan ) Disarankan 1 subjek, 1 hari.

πŸ“Œ 26 (petang) - 28 Ogos - kertas  peperiksaan yang telah siap dijawab dihantar semula ke pondok pengawal sekolah.( Pastikan nama yang lengkap di tulis pada setiap kertas  jawapan dan kertas jawapan dimasukkan semula ke dalam plastik soalan )

πŸ“Œ 29 Ogos - Guru subjek mengambil kertas jawapan murid untuk disemak.


Peringatan... 

πŸ“’Murid yang tidak menghantar kertas jawapan mengikut tarikh yang dinyatakan akan dikira tidak hadir

πŸ“’ Ibu bapa / penjaga diminta memantau dan memastikan anak tuan / puan menduduki ujian ini.

πŸ“’ Pastikan murid-murid jujur semasa menduduki ujian ini.


Moga mendapat kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan ujian ini.


SELAMAT MAJU JAYA


Sekian, terima kasih.


Penyelaras Tahun Enam

HASLINDA BINTI MAHAD

No comments:

Post a Comment