30 August 2021

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA BENDERA MALAYSIA

Pertandingan Melukis dan Mewarna Bendera Malaysia sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini telah dibuka kepada murid-murid Tahap 1 sahaja. Pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual ini dibuka mulai 30 Ogos 2021 hingga 5 September 2021.

Pemenang akan ditentukan melalui kemasan dan ketepatan warna pada lukisan yang disediakan. Murid perlu berswafoto dengan hasil lukisan masing-masing sebelum dihantar melalui Telegram Pendidikan Seni Visual kelas masing-masing. Gambar Bendera Malaysia (Kosong) boleh dimuat turun pada pautan berikut :-

Bendera Malaysia (Kosong)

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut :- 

✔️ Bahan & alatan: kertas, alat tulis, pensel warna.

✔️Murid boleh memilih untuk mencetak sendiri ATAU melukis sendiri bendera Malaysia. (Mengikut kemudahan masing-masing)

✔️ Jika murid memilih untuk melukis sendiri, pastikan lukisan bendera Malaysia adalah tepat dan kemas. Gunakan ruang kertas yang ada sebaiknya.

✔️ Murid perlu mewarna bendera Malaysia yang dilukis dengan menggunakan pensel warna. Warna yang digunakan mestilah tepat.

✔️ Murid boleh melihat contoh gambar yang diberi sebagai rujukan.

✔️ Hasil karya yang paling cantik dan tepat akan dipilih sebagai pemenang. 

No comments:

Post a Comment