Showing posts with label Program Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Program Sekolah. Show all posts

08 October 2021

HARI SUKAN NEGARA 2021


Ayuh Warga Sepang! Aktifkan Diri Anda!


Hari Sukan Negara (HSN) 2021 Peringkat Daerah Sepang.


📍Klik pautan berikut untuk pendaftaran : http://tinyurl.com/hsnselangor


📍Pilih daerah SEPANG


📍 e-Sijil akan dihantar ke e-mel anda selepas 9hb Oktober 2021


✨Terima kasih menyertai HSNSepang2021✨


#HSN2021 

#HSNSepang2021

#TowardsSportingNation

#KeluargaMalaysia

KEM BESTARI SOLAT SK JENDERAM TAHUN 2021


Assalamualaikum dan Salam SENADA,


Panitia Pendidikan Islam SK Jenderam akan mengadakan Kem Bestari Solat 2021 seperti ketetapan berikut:-


Tarikh: 9/10/2021

Hari : Sabtu

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Kediaman masing-masing


Makluman kem akan dimaklumkan pada hari Sabtu di dalam Whatsapp kelas masing-masing.

Diharap semua murid bersedia dan menyertai kem yang akan dijalankan pada hari esok.


Kerjasama semua pihak, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Panitia Pendidikan Islam

SK Jenderam

30 September 2021

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 MURID TAHUN 6 SK JENDERAM

Assalamulaikum w.b.t. dan Salam Senada,

Unit Hal Ehwal Murid, SK Jenderam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Salak dan PPD Sepang akan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 kepada semua murid Tahun 6. Program tersebut akan dilaksanakan seperti jadual di bawah ini:-


Perkara : Program Iminusasi Covid-19 Murid Tahun 6

Tempat : PPV MMU, CYBERJAYA

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/Gca7ASonuFhJcn9g8

Tarikh : 1/10/2021(Jumaat)

Sasaran : Murid Tahun 6

Slot vaksin : 12.00 tengahari

Guru bertugas: Pn. Haslinda (019-667 5402) & Pn. Razliza (012-626 6098)


Ibu bapa atau penjaga diwajibkan hadir bersama anak masing-masing dengan membawa kad pengenalan atau MyKid serta telefon pintar dengan aplikasi MySejahtera. Hanya seorang penjaga sahaja yang dibenarkan hadir bersama dengan murid. Murid-murid digalakkan memakai pakaian yang sesuai semasa pemberian vaksin.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada guru yang bertugas.

Sekian, terima kasih.

03 September 2021

PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR TAHUN 2021

 


Assalamualaikum dan Salam SENADA.

Unit Disiplin dan Pengawas, Pusat Sumber Sekolah, Unit ICT dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Program Kepimpinan Pelajar 2021 seperti ketetapan berikut:-


Tarikh : 4 September 2021

Hari : Sabtu

Masa : 2.00 petang - 4.30 petang

Tempat : Kediaman masing-masing

Peserta : Semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Bridget Bestari, Ketua dan Penolong Ketua Kelas

Pakaian : Uniform Sekolah

Medium : Aplikasi Google Meet

📌 Kehadiran adalah diwajibkan


Diminta ibu bapa/penjaga murid untuk masuk ke link berikut untuk maklumat lanjut :- https://chat.whatsapp.com/JuPQMhbX4JO05z6ogSM3uS


Senarai penuh peserta kem boleh dilihat pada pautan di bawah ini:-

https://drive.google.com/file/d/1bxg3y5cKpBxwguW5OUxE41HbhhywHw41/view?usp=sharing


Segala kerjasama daripada semua ibu bapa/penjaga diucapkan terima kasih.

02 September 2021

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU PATRIOTIK

 

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Panitia Pendidikan Muzik telah menganjurkan Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik kepada semua murid. Pertandingan ini dibuka kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Berikut adalah pilihan lagu mengikut kategori masing-masing.

🎉Contoh-contoh pilihan lagu patriotik Tahap 1 :

     1. Tanggal 31

     2.  Jalur Gemilang

🎉Contoh-contoh pilihan lagu patriotik Tahap 2 :

     1. Tanggal 31

     2.  Jalur Gemilang

     3.  Keranamu

     4.  dan lain-lain

🎉Murid boleh memilih satu lagu sahaja untuk dinyanyikan.

🎉TARIKH  : 1/9 - 8/9/2021

🎉PEMARKAHAN BERDASARKAN:

     1. Suara - 40%

     2. Tempo lagu - 30%

     3. Gaya persembahan - 15%

     4. Kreativiti - 15%

🎉Nyanyian mestilah dalam bentuk rakaman video.

🎉Rakaman yang telah siap sila hantar ke Telegram kelas masing-masing


✨Terima kasih✨

01 September 2021

TIKTOK CHALLENGE

 

PERTANDINGAN SWAFOTO PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pertandingan Swafoto Pusat Sumber Sekolah telah dibuka kepada semua murid SK Jenderam. Murid-murid perlu mengambil foto bertemakan kemerdekaan dengan gaya yang kreatif. 

Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini boleh menghantar foto ke Telegram kelas masing-masing. Penyertaan perlu disertakan dengan nama penuh murid dan nama kelas.

Guru kelas akan menghantar penyertaan kepada para juri untuk dinilai. Pemenang akan dinilai dari aspek kreativiti dan menepati tema yang diberikan. Keputusan para juri adalah muktamad.

Terima kasih.

📸📸📸📸📸📸📸

KUIZ BULAN KEBANGSAAN TAHAP 2


Tahun : 4 Bestari

Subjek : Sejarah

Tarikh : 1.9.2021 (Rabu)

Masa : 11.30- 12.30 tengah hari

Aktiviti : Kuiz Sejarah Malaysia

*Sila hantar penyertaan  sebelum atau pada 8.9.2021 (Rabu)


ARAHAN AKTIVITI


1. Murid perlu menjawab soalan dalam Google Form dalam kuiz di bawah. 

https://forms.gle/fddDxh9ainjMBTtXA

2. Pemenang dipilih daripada jumlah bilangan jawapan yang betul dan kepantasan menjawab.

3. 4 orang yang terbaik dipilih sebagai  pemenang bagi tempat berikut:

  • Tempat Pertama
  • Tempat Kedua
  • Tempat Ketiga 
  • 1 Saguhati

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi guru subjek Sejarah anda.

5. Kehadiran kelas PdPR hari ini akan dicatat mengikut penyertaan anda.


Nak hadiah???

Cepat jangan lepaskan peluang...


SELAMAT MENCUBA

Merdeka!! Merdeka!!Merdeka!!

PERTANDINGAN HARI KEBANGSAAN TAHAP 1

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sedang menganjurkan Pertandingan Hari Kebangsaan Tahap 1 

seperti berikut :-

🥁 Murid diminta menjawab soalan yang diberi pada link di bawah :

https://wordwall.net/play/20716/111/969

🥁 Tempoh masa yang diberi 1 jam waktu pdpr Pendidikan Jasmani

🥁 Pemenang akan dipilih berdasarkan masa yang diambil dan markah yang tertinggi

🥁 Lima pemenang akan dipilih.


Sekian,  terima kasih.

PERTANDINGAN MEMBINA MERCU TANDA NEGARA


TARIKH: 30 Ogos 2021 hingga 5 September 2021

HARI: Isnin hingga Ahad


Murid perlu membina satu mercu tanda negara. 

Murid boleh menggunakan bahan dan peralatan yang ada di rumah.

Murid boleh melihat video dan gambar di bawah sebagai rujukan.

🎥 https://youtu.be/cE7zQf9J2zc

🎥 https://youtu.be/UB-2HRRk92A

🎥 https://youtu.be/83YdZrbmTkk

Murid juga boleh mencari rujukan dan sumber dari tempat yang lain untuk mencari idea.

Binaan yang kreatif akan dipilih sebagai pemenang. 

Murid perlu menghantar gambar swafoto dengan hasil karya ke Telegram RBT masing-masing.

30 August 2021

PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA BENDERA MALAYSIA

Pertandingan Melukis dan Mewarna Bendera Malaysia sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini telah dibuka kepada murid-murid Tahap 1 sahaja. Pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual ini dibuka mulai 30 Ogos 2021 hingga 5 September 2021.

Pemenang akan ditentukan melalui kemasan dan ketepatan warna pada lukisan yang disediakan. Murid perlu berswafoto dengan hasil lukisan masing-masing sebelum dihantar melalui Telegram Pendidikan Seni Visual kelas masing-masing. Gambar Bendera Malaysia (Kosong) boleh dimuat turun pada pautan berikut :-

Bendera Malaysia (Kosong)

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut :- 

✔️ Bahan & alatan: kertas, alat tulis, pensel warna.

✔️Murid boleh memilih untuk mencetak sendiri ATAU melukis sendiri bendera Malaysia. (Mengikut kemudahan masing-masing)

✔️ Jika murid memilih untuk melukis sendiri, pastikan lukisan bendera Malaysia adalah tepat dan kemas. Gunakan ruang kertas yang ada sebaiknya.

✔️ Murid perlu mewarna bendera Malaysia yang dilukis dengan menggunakan pensel warna. Warna yang digunakan mestilah tepat.

✔️ Murid boleh melihat contoh gambar yang diberi sebagai rujukan.

✔️ Hasil karya yang paling cantik dan tepat akan dipilih sebagai pemenang. 

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK ATAU SAJAK MERDEKA DALAM BAHASA ARAB

 Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SENADA.

Sempena pelancaran Bulan Kebangsaan pada tahun ini, Panitia Bahasa Arab akan menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik atau Sajak Merdeka dalam Bahasa Arab. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Para peserta diberi 3 pilihan lagu seperti di bawah ini. Peserta hanya boleh memilih satu lagu sahaja. Skema pemarkahan juga turut disertakan bersama.

Bagi pertandingan sajak pula, pilihan sajak telah diberikan di Telegram kelas masing-masing. Peserta boleh memilih satu sajak sahaja. Peserta boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk menambahbaik cara penyampaian sajak tersebut agar lebih menarik dan menghiburkan. Penyampaian sajak perlu dibuat dalam bentuk video dan dihantar melalui Telegram kepada Ustazah Zurailah untuk penilaian. Tarikh akhir penghantaran rakaman video tersebut adalah sebelum 10 September 2021.

🌹Pilihan lagu:

1.  https://youtu.be/VWa0ZFwVF8k

2.  https://youtu.be/8gRWik_dnIU

3.  https://youtu.be/iLBbmjO7f1g

🌹Murid boleh memilih satu sahaja lagu untuk dinyanyikan.

🌹PEMARKAHAN BERDASARKAN:

     1. Suara - 30%

     2. Tempo lagu - 30%

     3.  Gaya persembahan - 20%

     4.  Kreativiti - 20%

🌹Nyanyian mestilah dalam bentuk rakaman video.

🌹Rakaman yang telah siap sila hantar ke Telegram personal USTAZAH ZURAILAH

🌹Teks sajak boleh ambil dalam Telegram kelas masing masing

🌹Syukran semua

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN SK JENDERAM TAHUN 2021

Assalamulaikum w.b.t. dan Salam SENADA.

Hari Kebangsaan Malaysia sudah hampir menjelang tiba. SK Jenderam turut menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan yang dilakukan pada setiap tahun. Berikut adalah butiran berkaitan pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan kali ke-64 peringkat SK Jenderam.

📅 Tarikh : 30 Ogos 2021 (Isnin)

🏠 Tempat : Kediaman masing - masing

📱Medium : Youtube  

Sasaran : Warga SK Jenderam

📍 Link Youtube: 

https://youtu.be/du5Qqu4bR98

📗 Buku Program :

https://anyflip.com/ewhqt/zqlh/

24 August 2021

PEMENANG PERTANDINGAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M SK JENDERAM

 


Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang pertandingan sambutan Maal Hijrah 1443H/2021M 
SK Jenderam. Senarai nama para pemenang boleh disemak melalui pautan di bawah ini :-


19 August 2021

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H SK JENDERAM

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SENADA.

Sambutan Maal Hijrah SK Jenderam 2021M / 1443H akan diadakan pada:

Hari : Jumaat

Tarikh : 20 Ogos 2021

Masa : 8.00 - 10.00 pagi

Tempat : Kediaman masing-masing

Platform : Google Meet

Pakaian : Baju Melayu (Lelaki) atau Baju Kurung (Perempuan)

Kehadiran semua guru dan murid warga SK Jenderam adalah diwajibkan.

Hadirin boleh menyertai sambutan tersebut melalui pautan Google Meet berikut:

https://meet.google.com/sta-tmtz-irx

Buku program pula boleh dilayani melalui  pautan AnyFlip seperti di bawah ini:

https://anyflip.com/ojzum/hckh/

Sekian, terima kasih.