Showing posts with label Hal Ehwal Murid. Show all posts
Showing posts with label Hal Ehwal Murid. Show all posts

30 September 2021

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD) TAHUN 2021


PROGRAM : PROGRAM TRASFORMASI DIRI

TARIKH : 30/9/2021 (KHAMIS)

MASA : 10.00-11.00 PAGI

SASARAN : MURID TAHUN 4,5,6

PLATFORM : YOUTUBE


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Senada,


🎯Hari ini murid-murid akan mengikuti ProgramTransformasi Diri seperti yang telah dirancang. Jom kita mulakan. Sila baca dan faham dengan teliti setiap penerangan yang diberikan.


AKTIVITI 1 : 

🎯Sila tonton video aktiviti 'Program Transformasi Diri' di bawah.


https://youtu.be/B-IqctqkAp8


AKTIVITI 2 :

🎯Tonton video 'Nilai Murni' di bawah.


https://youtu.be/52_Uqc792sk


🎯AKTIVITI 3: TUGASAN

(a) Rancang 1 jadual harian anda bermula awal pagi sehingga malam. (guna kertas A4)

(b) Senaraikan nilai-nilai murni menggunakan peta i-Think yang sesuai berdasarkan video yang anda tonton tadi. (guna kertas A4)


🎯Hasil kerja mestilah betul, kemas dan cantik.

*10 pemenang akan dipilih  untuk aktiviti 3 (a)

*10 pemenang akan dipilih untuk aktiviti 3 (b)


🎯Tugasan mesti dihantar selewat-lewatnya 2/10/2021 (Sabtu). Tulis nama dan kelas anda. Sila hantar tugasan anda ke  014-6776609 (Cikgu Saidah) melalui aplikasi Whatsapp.


Sekian terima kasih.


"SELAMAT MAJU JAYA"


Unit Bimbingan & Kaunseling SKJ 

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 MURID TAHUN 6 SK JENDERAM

Assalamulaikum w.b.t. dan Salam Senada,

Unit Hal Ehwal Murid, SK Jenderam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Salak dan PPD Sepang akan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 kepada semua murid Tahun 6. Program tersebut akan dilaksanakan seperti jadual di bawah ini:-


Perkara : Program Iminusasi Covid-19 Murid Tahun 6

Tempat : PPV MMU, CYBERJAYA

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/Gca7ASonuFhJcn9g8

Tarikh : 1/10/2021(Jumaat)

Sasaran : Murid Tahun 6

Slot vaksin : 12.00 tengahari

Guru bertugas: Pn. Haslinda (019-667 5402) & Pn. Razliza (012-626 6098)


Ibu bapa atau penjaga diwajibkan hadir bersama anak masing-masing dengan membawa kad pengenalan atau MyKid serta telefon pintar dengan aplikasi MySejahtera. Hanya seorang penjaga sahaja yang dibenarkan hadir bersama dengan murid. Murid-murid digalakkan memakai pakaian yang sesuai semasa pemberian vaksin.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada guru yang bertugas.

Sekian, terima kasih.

03 September 2021

PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR TAHUN 2021

 


Assalamualaikum dan Salam SENADA.

Unit Disiplin dan Pengawas, Pusat Sumber Sekolah, Unit ICT dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Program Kepimpinan Pelajar 2021 seperti ketetapan berikut:-


Tarikh : 4 September 2021

Hari : Sabtu

Masa : 2.00 petang - 4.30 petang

Tempat : Kediaman masing-masing

Peserta : Semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Bridget Bestari, Ketua dan Penolong Ketua Kelas

Pakaian : Uniform Sekolah

Medium : Aplikasi Google Meet

📌 Kehadiran adalah diwajibkan


Diminta ibu bapa/penjaga murid untuk masuk ke link berikut untuk maklumat lanjut :- https://chat.whatsapp.com/JuPQMhbX4JO05z6ogSM3uS


Senarai penuh peserta kem boleh dilihat pada pautan di bawah ini:-

https://drive.google.com/file/d/1bxg3y5cKpBxwguW5OUxE41HbhhywHw41/view?usp=sharing


Segala kerjasama daripada semua ibu bapa/penjaga diucapkan terima kasih.

CERAMAH MURID CEMERLANG DENGAN GAJET

 

🎗Tarikh : 4 September 2021 (Sabtu) 

🎗Masa : 10.30 pagi 

🎗Saluran : Youtube Majlis Guru Kaunseling Sepang

🎗Penyertaan percuma kepada semua murid dan ibu bapa Sekolah Rendah Daerah Sepang. 

🎗Panel 1 : Puan Nur Hafiza Binti Nasir Hamzah (Kaunselor UniKL MIIT) 

🎗Panel 2 : Puan Azlina binti Che Mid (Kaunselor UniKL MIIT)

🎗e-sijil penyertaan disediakan oleh pihak UniKL

31 August 2021

PEMBERIAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) SK JENDERAM TAHUN 2021

Pemberian bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) SK Jenderam bagi tahun 2021 akan diadakan mengikut ketetapan berikut :-


Tarikh : 2 September 2021 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Laluan Berbumbung (di hadapan Blok Utama)

Sasaran : Penerima KWAPM (rujuk guru kelas masing-masing)


Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP berikut :-

1. Memakai topeng separuh muka.

2. Mengambil suhu dan mencatat butiran peribadi di pondok pengawal atau mengimbas MySejahtera.

3. Sila bawa pen sendiri untuk mengisi Borang Penerimaan KWAPM.

4. Sentiasa mematuhi masa yang ditetapkan serta menjaga penjarakan sosial.

10 August 2021

FAQ RINGKAS PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2022

 1. Saya belum mendaftarkan anak untuk sekolah tahun satu sesi 2022, apa tindakan yang saya perlu buat?

🖥️ Sila daftarkan anak secara online di portal Modul Pengurusan Murid public.moe.gov.my . Pendaftaran secara online dibuka sehingga Disember 2021.

Jika pengguna baharu sila daftar sebagai pengguna baharu menggunakan ID penjaga, manakala jika penjaga ada anak lain sebelum ini yang telah bersekolah di sekolah kerajaan, guna ID dan Password yang sama untuk pendaftaran anak yang seterusnya.


2.Saya telah mendaftar di portal tetapi masih belum nampak penempatan sekolah anak saya.

🖥️ Sila semak sama ada penjaga telah menghantar cetakan maklumat pendaftaran serta dokumen-dokumen yang lengkap ke sekolah yang didaftarkan.

Dokumen perlu dihantar untuk  tujuan pengesahan oleh pihak sekolah seterusnya untuk proses penempatan oleh PPD. 


3.Saya telah menghantar cetakan maklumat pendaftaran dan dokumen yang lengkap tetapi penempatan anak saya masih tidak ada keputusan. 

📑Jika semua dokumen lengkap telah dihantar ke sekolah tetapi masih belum ada penempatan sekolah, sila berhubung terus dengan pihak sekolah dengan membuat panggilan untuk maklumat lebih terperinci. 


4.Anak saya telah ditempatkan sekolah tetapi tidak dapat sekolah yang menjadi pilihan saya. Bagaimana hendak membuat rayuan?

📝Proses rayuan telah dibuka mulai 1 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021. 

Penjaga perlu buat rayuan secara online di portal public.moe.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh die-melkan kepada pegawai meja seperti alamat e-mel yang diberikan di portal.


5.Bilakah saya boleh melihat keputusan rayuan sekolah anak saya?

📌Semakan keputusan rayuan akan dibuka mulai 1 Oktober 2021 dan keputusan adalah muktamad.


02 August 2021

PERMOHONAN PENEMPATAN SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2022

 Assalamualaikum w.b.t.


Ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 sekalian, 


Borang Permohonan Penempatan Sekolah (BPPS) telah diletakkan di pondok pengawal 👆🏻. 


Mohon ibu bapa :

1. Bawa pen sendiri untuk tandatangan borang pengambilan borang.

2. Menjaga SOP semasa pengambilan borang.

3. Ibu bapa yg sedang menjalani kuarantin tidak perlu datang buat masa ini( Maklumkan kepada Saya)


Terima kasih atas kerjasama tuan/puan

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 NEGERI SELANGOR

 🤷‍♂️ Bila boleh semak permohonan?

🧑🏻‍🏫 1 Ogos 2021 (Permohonan biasa) manakala 1 Oktober 2021 (Permohonan lewat) melalui public.moe.gov.my


🤷‍♂️ Macam mana nak buat rayuan?

🧑🏻‍🏫 Rayuan dalam daerah secara dalam talian shj.


🤷‍♂️ Mesti buat pengesahan di sekolah ke?

🧑🏻‍🏫 Pengesahan secara dalam talian sahaja. (Rujuk sekolah jika ada keperluan tambahan)


🤷‍♂️ Nak tukar sekolah di luar Selangor macam mana pula?

🧑🏻‍🏫 Hubungi PPD untuk reset permohonan dan penjaga perlu kemas kini sekolah/negeri baharu dan dikira pendaftaran lewat. Selepas 15 Disember 2021 hingga sekolah bermula perlu menggunkaan Borang ASBS.


🤷‍♂️ Anak saya tidak ditempatkan di sekolah dimohon dan rayuan tidak berjaya. Macam mana kalau saya nak mohon juga ke sekolah berkenaan?


🧑🏻‍🏫 Boleh memohon pertukaran sekolah apabila sesi persekolahan tahun 2022 bermula menggunakan Borang P.U(A) 275 dari sekolah asal. Kelulusan tertakluk kepada kekosongan tempat.


🤷‍♂️ Bila Hari Orientasi tahun 1?

🧑🏻‍🏫 Penjaga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah tarikh dan cara pelaksanaan oreintasi kerana perhimpunan secara fizikal masih tidak dibenarkan dan bergantung kepada SOP atau arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.