Showing posts with label Tahun 1. Show all posts
Showing posts with label Tahun 1. Show all posts

01 September 2021

PERTANDINGAN HARI KEBANGSAAN TAHAP 1

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sedang menganjurkan Pertandingan Hari Kebangsaan Tahap 1 

seperti berikut :-

πŸ₯ Murid diminta menjawab soalan yang diberi pada link di bawah :

https://wordwall.net/play/20716/111/969

πŸ₯ Tempoh masa yang diberi 1 jam waktu pdpr Pendidikan Jasmani

πŸ₯ Pemenang akan dipilih berdasarkan masa yang diambil dan markah yang tertinggi

πŸ₯ Lima pemenang akan dipilih.


Sekian,  terima kasih.

10 August 2021

FAQ RINGKAS PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2022

 1. Saya belum mendaftarkan anak untuk sekolah tahun satu sesi 2022, apa tindakan yang saya perlu buat?

πŸ–₯️ Sila daftarkan anak secara online di portal Modul Pengurusan Murid public.moe.gov.my . Pendaftaran secara online dibuka sehingga Disember 2021.

Jika pengguna baharu sila daftar sebagai pengguna baharu menggunakan ID penjaga, manakala jika penjaga ada anak lain sebelum ini yang telah bersekolah di sekolah kerajaan, guna ID dan Password yang sama untuk pendaftaran anak yang seterusnya.


2.Saya telah mendaftar di portal tetapi masih belum nampak penempatan sekolah anak saya.

πŸ–₯️ Sila semak sama ada penjaga telah menghantar cetakan maklumat pendaftaran serta dokumen-dokumen yang lengkap ke sekolah yang didaftarkan.

Dokumen perlu dihantar untuk  tujuan pengesahan oleh pihak sekolah seterusnya untuk proses penempatan oleh PPD. 


3.Saya telah menghantar cetakan maklumat pendaftaran dan dokumen yang lengkap tetapi penempatan anak saya masih tidak ada keputusan. 

πŸ“‘Jika semua dokumen lengkap telah dihantar ke sekolah tetapi masih belum ada penempatan sekolah, sila berhubung terus dengan pihak sekolah dengan membuat panggilan untuk maklumat lebih terperinci. 


4.Anak saya telah ditempatkan sekolah tetapi tidak dapat sekolah yang menjadi pilihan saya. Bagaimana hendak membuat rayuan?

πŸ“Proses rayuan telah dibuka mulai 1 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021. 

Penjaga perlu buat rayuan secara online di portal public.moe.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh die-melkan kepada pegawai meja seperti alamat e-mel yang diberikan di portal.


5.Bilakah saya boleh melihat keputusan rayuan sekolah anak saya?

πŸ“ŒSemakan keputusan rayuan akan dibuka mulai 1 Oktober 2021 dan keputusan adalah muktamad.


02 August 2021

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 NEGERI SELANGOR

 πŸ€·‍♂️ Bila boleh semak permohonan?

πŸ§‘πŸ»‍🏫 1 Ogos 2021 (Permohonan biasa) manakala 1 Oktober 2021 (Permohonan lewat) melalui public.moe.gov.my


🀷‍♂️ Macam mana nak buat rayuan?

πŸ§‘πŸ»‍🏫 Rayuan dalam daerah secara dalam talian shj.


🀷‍♂️ Mesti buat pengesahan di sekolah ke?

πŸ§‘πŸ»‍🏫 Pengesahan secara dalam talian sahaja. (Rujuk sekolah jika ada keperluan tambahan)


🀷‍♂️ Nak tukar sekolah di luar Selangor macam mana pula?

πŸ§‘πŸ»‍🏫 Hubungi PPD untuk reset permohonan dan penjaga perlu kemas kini sekolah/negeri baharu dan dikira pendaftaran lewat. Selepas 15 Disember 2021 hingga sekolah bermula perlu menggunkaan Borang ASBS.


🀷‍♂️ Anak saya tidak ditempatkan di sekolah dimohon dan rayuan tidak berjaya. Macam mana kalau saya nak mohon juga ke sekolah berkenaan?


πŸ§‘πŸ»‍🏫 Boleh memohon pertukaran sekolah apabila sesi persekolahan tahun 2022 bermula menggunakan Borang P.U(A) 275 dari sekolah asal. Kelulusan tertakluk kepada kekosongan tempat.


🀷‍♂️ Bila Hari Orientasi tahun 1?

πŸ§‘πŸ»‍🏫 Penjaga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah tarikh dan cara pelaksanaan oreintasi kerana perhimpunan secara fizikal masih tidak dibenarkan dan bergantung kepada SOP atau arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.