Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts

08 October 2021

HARI SUKAN NEGARA 2021


Ayuh Warga Sepang! Aktifkan Diri Anda!


Hari Sukan Negara (HSN) 2021 Peringkat Daerah Sepang.


πŸ“Klik pautan berikut untuk pendaftaran : http://tinyurl.com/hsnselangor


πŸ“Pilih daerah SEPANG


πŸ“ e-Sijil akan dihantar ke e-mel anda selepas 9hb Oktober 2021


✨Terima kasih menyertai HSNSepang2021✨


#HSN2021 

#HSNSepang2021

#TowardsSportingNation

#KeluargaMalaysia

22 September 2021

AKTIVITI KOKURIKULUM (KELAB & PERSATUAN)

KELAB & PERSATUAN

Hari              :  Rabu

Tarikh           : 22/9/2021

Masa.           : 2.00 - 4.00 petang

Perjumpaan  : Kali ke-3


Assalamualaikum w.b.t.

✅Mohon semua murid untuk membuat tugasan yang diberi. 

✅Pastikan murid menulis nama penuh & nama kelas dengan lengkap. 

✅Markah kehadiran akan diberi berdasarkan penyertaan murid.

✅Berikut adalah link untuk setiap kelab & persatuanπŸ‘‡πŸ»


πŸ’œ KELAB BAHASA DAN KEBUDAYAAN

Tonton:πŸ“Œhttps://youtu.be/jpFGuV2WS3s

Aktiviti:πŸ“Œhttps://wordwall.net/ms/resource/22028261

Screenshot markah kamu dan hantarkan ke:

πŸ“Œhttps://t.me/joinchat/S0nb2SAMV_l_Svib


πŸ’™ PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

Tonton: https://youtu.be/S1t1kqQrlQU

Aktiviti: https://wordwall.net/resource/21981240

Screenshot markah kamu dan hantar ke:

https://t.me/joinchat/OLTM3GArO4UyYzY1

Sekian, terima kasih.


πŸ’š KELAB SPBT

Tonton:https://youtu.be/1qvk4tYC0UU

Aktiviti:Jawab soalan kuiz di bawah :-

https://quizizz.com/join?gc=17285710

Screenshot markah kamu dan hantar ke:

https://t.me/joinchat/O_sH1vQ2M8Q1MThl


❤️ KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Tonton: https://youtu.be/bZSwAveXUtg

Aktiviti: Buat kuiz di link berikutπŸ‘‡πŸ»

https://wordwall.net/ms/resource/10952396

Kemudian screenshot markah dan hantar ke telegram 

https://t.me/joinchat/kVnjuD8Xjsk1ZWJl


🧑 KELAB RUKUN NEGARA

Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=k-BNxCKwHVs

Aktiviti: https://wordwall.net/resource/20227041/jata-negara

Screenshot markah kamu dan hantar ke Telegram Kelab Rukun Negara. Klik link di bawah:

https://t.me/joinchat/pdVWlV8FKlk3MGE1


Kerjasama daripada anda semua amatlah dihargai...πŸ₯°


πŸ’–Cikgu Fauziatul Durra

Penyelaras Kelab & Persatuan

SK Jenderam 2021

PEMENANG PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN DAN PERMAINAN PERINGKAT SK JENDERAM TAHUN 2021

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya mendapat tempat bagi Pertandingan Kemahiran Sukan dan Permainan Peringkat SK Jenderam Tahun 2021.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang telah membantu melatih dan merakam video peserta untuk pertandingan tersebut.

Setingg-tinggi penghargaan diberikan kepada murid-murid yang telah menyertai pertandingan tersebut. Murid-murid yang kurang bernasib baik, jangan mudah berputus asa. Teruskan dengan latihan dengan bersungguh-sungguh. Kejayaan pasti milik anda.

PERUBAHAN TARIKH AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM TAHUN 2021

Berikutan penundaan tarikh peperiksaan UPKK 2021, terdapat perubahan takwim perjumpaan aktiviti mingguan kokurikulum.

Berikut dilampirkan jadual aktiviti kokurikulum yang baharu sebagai panduan ibu bapa/penjaga. 


Kerjasama daripada ibu bapa dan penjaga adalah kami harapankan. Pihak sekolah memohon maaf di atas segala kesulitan.

Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan. Sekian, harap maklum.


PK Kokurikulum

SK Jenderam

03 September 2021

PERTANDINGAN ESSAY WRITING SEKOLAH RENDAH KARVIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH SEPANG TAHUN 2021


PERUBAHAN JADUAL AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM SK JENDERAM TAHUN 2021


 











Assalamualaikum dan Salam SENADA...

Makluman kepada ibu bapa/ penjaga SK Jenderam.

Adalah dimaklumkan bahawa Aktiviti Mingguan Kokurikulum akan dilaksanakan pada:


Setiap Rabu (2.00-4.00 petang) 

Setiap Sabtu Minggu 2 dan 4 (8.30 pagi-10.30 pagi) 


Aktiviti tersebut berdasarkan keperluan bilangan 5 kali perjumpaan utk direkodkan dalam PAJSK Kokurikulum tahun 2021. Berikut dilampirkan jadual aktiviti kokurikulum sebagai panduan ibu bapa/penjaga. 

Jika ada sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan. 


PK Kokurikulum

SK Jenderam

02 September 2021

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU PATRIOTIK

 

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Panitia Pendidikan Muzik telah menganjurkan Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik kepada semua murid. Pertandingan ini dibuka kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Berikut adalah pilihan lagu mengikut kategori masing-masing.

πŸŽ‰Contoh-contoh pilihan lagu patriotik Tahap 1 :

     1. Tanggal 31

     2.  Jalur Gemilang

πŸŽ‰Contoh-contoh pilihan lagu patriotik Tahap 2 :

     1. Tanggal 31

     2.  Jalur Gemilang

     3.  Keranamu

     4.  dan lain-lain

πŸŽ‰Murid boleh memilih satu lagu sahaja untuk dinyanyikan.

πŸŽ‰TARIKH  : 1/9 - 8/9/2021

πŸŽ‰PEMARKAHAN BERDASARKAN:

     1. Suara - 40%

     2. Tempo lagu - 30%

     3. Gaya persembahan - 15%

     4. Kreativiti - 15%

πŸŽ‰Nyanyian mestilah dalam bentuk rakaman video.

πŸŽ‰Rakaman yang telah siap sila hantar ke Telegram kelas masing-masing


✨Terima kasih✨

01 September 2021

TIKTOK CHALLENGE

 

PERTANDINGAN SWAFOTO PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pertandingan Swafoto Pusat Sumber Sekolah telah dibuka kepada semua murid SK Jenderam. Murid-murid perlu mengambil foto bertemakan kemerdekaan dengan gaya yang kreatif. 

Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini boleh menghantar foto ke Telegram kelas masing-masing. Penyertaan perlu disertakan dengan nama penuh murid dan nama kelas.

Guru kelas akan menghantar penyertaan kepada para juri untuk dinilai. Pemenang akan dinilai dari aspek kreativiti dan menepati tema yang diberikan. Keputusan para juri adalah muktamad.

Terima kasih.

πŸ“ΈπŸ“ΈπŸ“ΈπŸ“ΈπŸ“ΈπŸ“ΈπŸ“Έ

KUIZ BULAN KEBANGSAAN TAHAP 2


Tahun : 4 Bestari

Subjek : Sejarah

Tarikh : 1.9.2021 (Rabu)

Masa : 11.30- 12.30 tengah hari

Aktiviti : Kuiz Sejarah Malaysia

*Sila hantar penyertaan  sebelum atau pada 8.9.2021 (Rabu)


ARAHAN AKTIVITI


1. Murid perlu menjawab soalan dalam Google Form dalam kuiz di bawah. 

https://forms.gle/fddDxh9ainjMBTtXA

2. Pemenang dipilih daripada jumlah bilangan jawapan yang betul dan kepantasan menjawab.

3. 4 orang yang terbaik dipilih sebagai  pemenang bagi tempat berikut:

  • Tempat Pertama
  • Tempat Kedua
  • Tempat Ketiga 
  • 1 Saguhati

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi guru subjek Sejarah anda.

5. Kehadiran kelas PdPR hari ini akan dicatat mengikut penyertaan anda.


Nak hadiah???

Cepat jangan lepaskan peluang...


SELAMAT MENCUBA

Merdeka!! Merdeka!!Merdeka!!

PERTANDINGAN HARI KEBANGSAAN TAHAP 1

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sedang menganjurkan Pertandingan Hari Kebangsaan Tahap 1 

seperti berikut :-

πŸ₯ Murid diminta menjawab soalan yang diberi pada link di bawah :

https://wordwall.net/play/20716/111/969

πŸ₯ Tempoh masa yang diberi 1 jam waktu pdpr Pendidikan Jasmani

πŸ₯ Pemenang akan dipilih berdasarkan masa yang diambil dan markah yang tertinggi

πŸ₯ Lima pemenang akan dipilih.


Sekian,  terima kasih.

PERTANDINGAN MEMBINA MERCU TANDA NEGARA


TARIKH: 30 Ogos 2021 hingga 5 September 2021

HARI: Isnin hingga Ahad


Murid perlu membina satu mercu tanda negara. 

Murid boleh menggunakan bahan dan peralatan yang ada di rumah.

Murid boleh melihat video dan gambar di bawah sebagai rujukan.

πŸŽ₯ https://youtu.be/cE7zQf9J2zc

πŸŽ₯ https://youtu.be/UB-2HRRk92A

πŸŽ₯ https://youtu.be/83YdZrbmTkk

Murid juga boleh mencari rujukan dan sumber dari tempat yang lain untuk mencari idea.

Binaan yang kreatif akan dipilih sebagai pemenang. 

Murid perlu menghantar gambar swafoto dengan hasil karya ke Telegram RBT masing-masing.

30 August 2021

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN SK JENDERAM TAHUN 2021

Assalamulaikum w.b.t. dan Salam SENADA.

Hari Kebangsaan Malaysia sudah hampir menjelang tiba. SK Jenderam turut menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan yang dilakukan pada setiap tahun. Berikut adalah butiran berkaitan pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan kali ke-64 peringkat SK Jenderam.

πŸ“… Tarikh : 30 Ogos 2021 (Isnin)

🏠 Tempat : Kediaman masing - masing

πŸ“±Medium : Youtube  

Sasaran : Warga SK Jenderam

πŸ“ Link Youtube: 

https://youtu.be/du5Qqu4bR98

πŸ“— Buku Program :

https://anyflip.com/ewhqt/zqlh/

24 August 2021

PEMENANG PERTANDINGAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M SK JENDERAM

 


Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang pertandingan sambutan Maal Hijrah 1443H/2021M 
SK Jenderam. Senarai nama para pemenang boleh disemak melalui pautan di bawah ini :-


26 July 2021

PEMBERITAHUAN TENTANG PENANGGUHAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibu bapa dan penjaga murid SK Jenderam.

SRA Jenderam Hulu akan mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) bermula dari 26 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021.

Sehubungan dengan itu, aktiviti mingguan kokurikulum pada 28 Julai 2021 (Rabu) dan 4 Ogos 2021 (Rabu) adalah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada murid untuk peperiksaan tersebut.

Sebarang kesulitan amat dikesali dan kami didahului ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

PK KOKURIKULUM

SK JENDERAM

07 July 2021

KARNIVAL STEM CHALLENGE 2021

Assalamualaikum dan Salam SENADA. 

Merujuk kepada perkara di atas, karnival akan dijalankan seperti ketetapan berikut:


Tarikh : 7 Julai - 31 Julai 2021

Tempat : Kediaman masing-masing

Sasaran : Pelajar Tahap 2 ( Tahun 4, 5 & 6 )


Empat jenis pertandingan akan dijalankan seperti berikut:


1️⃣   Peta i-THINK digital

2️⃣   Poster digital Sains

3️⃣   Fotografi alam semulajadi

4️⃣   Bercerita Sains


Untuk maklumat lanjut, sila klik link di bawah:


https://anyflip.com/ousjx/pkvh/


Untuk menonton Pertandingan Bercerita Sains, sila klik pautan ini :


https://youtu.be/ZPb_SH4DtCU


https://youtu.be/FpiSdtF2DJQ


https://youtu.be/TcnIgyq7e-I


Berikut ialah guru yang terlibat dalam pengurusan pertandingan:


1️⃣   Peta i-THINK digital

       Pn. Wan Khairul Hayati (017 2589800)

2️⃣   Poster digital sains

       Pn. Fazlizatul Huda (013 6978798)

3️⃣   Fotografi alam semulajadi

       Pn. Durrah (013 6985004)

4️⃣    Bercerita Sains

       Pn. Nik Siti (016 2702132)


🎁 Hadiah disediakan untuk lima orang pemenang bagi setiap pertandingan.


πŸ“Œ Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Julai 2021.


Kerjasama semua pihak dalam menjayakan karnival ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Pn. Nik Siti Nurfadzilah bt. Nik Ab Rahim

Penyelaras Karnival STEM

KARNIVAL BAHASA INGGERIS SECARA ONLINE 2021

 

πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

TARIKH: 7 JULAI - 10 JULAI 2021

HARI: RABU - SABTU

ANJURAN BERSAMA: UNIT KOKURIKULUM, KELAB BAHASA DAN KEBUDAYAAN DAN PANITIA BAHASA INGGERIS


πŸ”΄ Terbuka kepada semua murid Tahun 4 hingga 6.

πŸ”΄ Ahli Kelab Bahasa dan Kebudayaan perlu sertai salah satu pertandingan untuk markah kehadiran. 

πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’


Assalammualaikum w.b.t. dan Selamat Petang.


Jom tonton! 


https://youtu.be/3FO4iocDWH8


MAKLUMAT PERTANDINGAN:


1. PERTANDINGAN ESSAY WRITINGπŸ“πŸ“πŸ“


Syarat-syarat penyertaan:

πŸ“œ Tajuk karangan: 'What Makes A Person Beautiful?'

πŸ“œ Jumlah had perkataan: 250 - 350 patah perkataan. 

πŸ“œ  Kamu boleh ambil gambar πŸ“Έ karangan kamu (pastikan jelas) ATAU taip menggunakan perisian Microsoft Word (Times New Roman, saiz tulisan 12). 


2. PERTANDINGAN POETRY WRITING✏️✏️✏️


Syarat-syarat penyertaan:

πŸ“œ Tema penulisan sajak: 'Rise When You Fall'.

 Tajuk yang dicadangkan: 'Never Give Up' atau tajuk yang dirasakan sesuai dengan tema. 

πŸ“œ Had baris: 12 - 16 baris.

πŸ“œ  Kamu boleh ambil gambar πŸ“Έ sajak kamu (pastikan jelas) ATAU taip menggunakan perisian Microsoft Word (Times New Roman/Arial, saiz tulisan 12). 


3. PERTANDINGAN POETRY RECITATION πŸŽ™️πŸŽ™️πŸŽ™️


Syarat-syarat penyertaan:

πŸ“½️ Sajak diberikan kepada kamu melalui link ini:


https://drive.google.com/file/d/1TXjrZ-ceZuIgZV6vs0S2BUCmT-mjaeOM/view?usp=drivesdk


πŸ“½️ Kamu perlu hafal dan deklamasikan sajak ini. 

πŸ“½️ Murid boleh mohon pertolongan ibu bapa untuk merekod kamu mendeklamasikan sajak dalam bentuk video. (pastikan rakaman video dari aras lutut ke atas dan view luas) 


SETELAH SELESAI KAMU PERLU:


⚠️ Muat naik bahan-bahan pertandingan tadi ke dalam borang pendaftaran melalui pautan ini:


https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfxd3kB_D9nnmW73Lwl2TaWID7Tsg-kwpj_KVGumPxYadx8zw/viewform?usp=sf_link


⚠️ Tarikh akhir penyertaan: 10 JULAI 2021 (Ahad) pada pukul 10 malam.


⚠️ Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. 


❤️ SEMUA peserta pertandingan yang memenuhi syarat-syarat di atas akan menerima sijil penyertaan peringkat Daerah Sepang.

 ❤️ 5 PEMENANG akan dipilih dari setiap darjah untuk setiap pertandingan πŸ₯‡πŸ₯‡πŸ₯‡πŸ₯‡πŸ₯‡


🎁🎁🎁🎁🎁 Semua hadiah dan sijil akan disampaikan kepada pemenang apabila sekolah dibuka nanti. 


πŸ”Š Ahli Kelab Bahasa dan Kebudayaan sila sertai kumpulan Telegram ini untuk sebarang pertanyaan:


https://t.me/joinchat/xMm6nhJyTZUzNzg1