28 October 2021

PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pemantauan Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dijalankan pada 21 Oktober 2021 (Rabu) di SK Jenderam. Pemantauan dilakukan oleh Dr. Wan Huzaini bin Wan Husain (Ketua Penolon Pengarah). Mengiringi beliau semasa pemantauan ini adalah Pn. Nooriah binti Kasah (Guru Besar) dan En. Mohd Fadzli bin Mansor (PK Pentadbiran).

Tujuan pemantauan ini adalah untuk melihat kesiapsiagaan sekolah sebelum sekolah dibuka untuk menyambung sesi persekolah yang tertangguh sekian lama. Aspek yang ditekankan adalah dari segi pematuhan Prosedur Operasi Standar (SOP) berkaitan Pencegahan Penyakit Covid-19 dan aspek keselamatan sekolah.

Hasil pemantauan tersebut, terdapat beberapa isu yang perlu ditangani segera oleh pihak sekolah iaitu masalah pendawaian yang tidak teratur, lampu kaki lima sekolah yang tidak berfungsi, kebocoran paip yang banyak, pokok besar yang membahayakan keselematan murid, pagar sekolah yang rosak, bumbung makmal, prasekolah dan kantin yang bocor serta alat pemadam api yang telah tamat tempoh.

Pihak sekolah telah mengambil maklum akan teguran daripada pihak nazir dengan mengambil tindakan segera terhadap beberapa isu yang memerlukan tindakan segera. Namun bagi menangani masalah yang besar pihak sekolah memerlukan bantuan dan kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah tersebut.

Pihak sekolah juga turut mengalu-alukan kepada GLC, Badan Berkanun, NGO, Yayasan, syarikat korporat dan individu yang budiman untuk membantu kami membaikpulih kerosakan tersebut untuk menjadikan sekolah ini suatu tempat yang kondusif dan selamat untuk pengajaran dan pembelajaran murid. Selain daripada itu, kami juga bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan pusat pengajian tinggi awam atau swasta bagi membantu kami meningkatkan kualiti pembelejaran murid agar dapat mencapai kecemerlangan sekolah.

Perhatian dan keprihatinan semua amat kami harapkan untuk menjadikan sekolah ini setandaing dengan sekolah-sekolah di bandar yang serba moden dan terkini. Kami tidak akan mudah beputus asa demi mengejar cita-cita anak murid kami untuk menjadi insan yang berguna kepada negara, agama dan bangsa pada suatu hari nanti. 




No comments:

Post a Comment