28 October 2021

MEMORI MESYUARAT AGUNG PIBG SK JENDERAM TAHUN 2021

Mesyuarat Agung PIBG SK Jenderam kali ke-46 bagi tahun 2021 telah dilaksanakan pada 23 Oktober 2021 (Sabtu) yang lalu. Mesyuarat agung pada kali ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet tanpa kehadiran ibu bapa secara fizikal. Namun hanya perasmi, Yang Dipertua dan Naib YDP PIBG sahaja yang bersiaran secara langsung bertempat di Balai Raya Kg. Jenderam Hulu. Terima kasih kami ucapkan kepada Ketua Kampung dan Pengerusi Kg. Jenderam Hulu kerana membenarkan kami menggunakan balai raya kampung untuk mesyuarat ini.

Mesyuarat agung ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shahrum bin Abd Hasan daripada Yayasan Cikgu Abu Hasan Mohd Amin. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi hadir dan merasmikan mesyuarat ini. Dengan kesungguhan semua guru dan AJK PIBG, mesyuarat agung dapat dijayakan dengan baik sekali. 

Agenda mesyuarat pada tahun ini hanya membincangkan tentang usul yang dikemukakan oleh ibu bapa dan penjaga berkaitan perkembangan aktiviti sekolah dan penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk kemajuan dan kecemerlangan sekolah ini. Selain daripada itu, agenda biasa yang dilaksanakan adalah sama seperti mesyuarat yang lain. Cuma tiada pemilihan ahli jawatankuasa baharu kerana pemilihan AJK baharu hanya dilakukan dwi-tahunan sahaja.

PIBG dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa dan penjaga kerana sudi hadir pada mesyuarat agung ini. PIBG juga turut menyediakan cabutan bertuah kepada ibu bapa yang bernasib baik bagi memeriahkan lagi mesyuarat untuk menggalakkan kehadiran ibu bapa.

Segala usul yang dibincangkan telah diambil maklum oleh PIBG dan sekolah untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Melalui mesyuarat agung ini, kita semua dapat bekerjasama untuk menangani sebarang kesulitan yang timbul supaya sekolah dapat beroperasi dengan lancar untuk membina modal insan yang cemerlang.


SEMASA MESYUARAT SEDANG BERSIARAN LANGSUNG



BELAKANG TABIR






1 comment:

  1. The casino, a luxury resort in the heart of Las Vegas
    Las Vegas is 제주 출장안마 a 삼척 출장마사지 luxury resort, and casino entertainment at The Mirage. The casino's 150000 square foot casino is one 안산 출장샵 of the most 김제 출장샵 luxurious resorts 포항 출장마사지

    ReplyDelete