18 October 2021

CUTI MAULIDUR RASUL TAHUN 2021

 


PEMBUKAAN PRASEKOLAH PASCA PKP 2021



Pembukaan Prasekolah SK Jenderam telah berjaya dilaksanakan dengan baik selaras dengan kebenaran yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang bermula pada hari ini 18 Oktober 2021 (Isnin). Pembukaan sekolah ini hanya melibatkan murid prasekolah sahaja yang meliputi dua buah prasekolah di SK Jenderam. Prasekolah yang terlibat adalah Prasekolah Bestari dan Prasekolah Cemerlang.


Berikutan dengan pembukaan sekolah ini, Guru Besar, PK Pentadbiran, Guru Prasekolah, YPD PIBG dan beberapa AJK PIBG telah turut sama berada di pintu pagar sekolah untuk menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah semula. Turut hadir bersama adalah Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang terdiri daripada dua orang pegawai polis dari Balai Polis Dengkil.

Selain daripada itu, sesi pembukaan sekolah ini juga turut dipantau operasinya oleh En. Alwi bin Che Sulaiman dari Pejabat Pendidikan Daerah Sepang (PPD Sepang). Kehadiran beliau adalah untuk memantau pengoperasian sekolah ketika menerima kehadiran murid dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah semula. Pelbagai perasaan dapat dilihat pada wajah anak-anak yang menggambarkan keceriaan mereka untuk hadir ke sekolah. Ada juga anak-anak yang masih bersedih kerana terpaksa berjauhan dengan ibu bapa untuk hadir ke sekolah kerana telah terlalu lama berada di sisi ibu bapa. 

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi menghantar anak-anak ke sekolah semula. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjadikan kehadiran anak-anak di sekolah suatu realiti. Ini merupakan kayu ukur bagi pihak sekolah untuk menambahbaik operasi yang sedia ada untuk sesi pembukaan sekolah bagi Tahap 1 dan Tahap 2 kelak.

08 October 2021

HARI SUKAN NEGARA 2021


Ayuh Warga Sepang! Aktifkan Diri Anda!


Hari Sukan Negara (HSN) 2021 Peringkat Daerah Sepang.


📍Klik pautan berikut untuk pendaftaran : http://tinyurl.com/hsnselangor


📍Pilih daerah SEPANG


📍 e-Sijil akan dihantar ke e-mel anda selepas 9hb Oktober 2021


✨Terima kasih menyertai HSNSepang2021✨


#HSN2021 

#HSNSepang2021

#TowardsSportingNation

#KeluargaMalaysia

KEM BESTARI SOLAT SK JENDERAM TAHUN 2021


Assalamualaikum dan Salam SENADA,


Panitia Pendidikan Islam SK Jenderam akan mengadakan Kem Bestari Solat 2021 seperti ketetapan berikut:-


Tarikh: 9/10/2021

Hari : Sabtu

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Kediaman masing-masing


Makluman kem akan dimaklumkan pada hari Sabtu di dalam Whatsapp kelas masing-masing.

Diharap semua murid bersedia dan menyertai kem yang akan dijalankan pada hari esok.


Kerjasama semua pihak, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Panitia Pendidikan Islam

SK Jenderam