01 September 2021

TIKTOK CHALLENGE

 

PERTANDINGAN SWAFOTO PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pertandingan Swafoto Pusat Sumber Sekolah telah dibuka kepada semua murid SK Jenderam. Murid-murid perlu mengambil foto bertemakan kemerdekaan dengan gaya yang kreatif. 

Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini boleh menghantar foto ke Telegram kelas masing-masing. Penyertaan perlu disertakan dengan nama penuh murid dan nama kelas.

Guru kelas akan menghantar penyertaan kepada para juri untuk dinilai. Pemenang akan dinilai dari aspek kreativiti dan menepati tema yang diberikan. Keputusan para juri adalah muktamad.

Terima kasih.

πŸ“ΈπŸ“ΈπŸ“ΈπŸ“ΈπŸ“ΈπŸ“ΈπŸ“Έ

KUIZ BULAN KEBANGSAAN TAHAP 2


Tahun : 4 Bestari

Subjek : Sejarah

Tarikh : 1.9.2021 (Rabu)

Masa : 11.30- 12.30 tengah hari

Aktiviti : Kuiz Sejarah Malaysia

*Sila hantar penyertaan  sebelum atau pada 8.9.2021 (Rabu)


ARAHAN AKTIVITI


1. Murid perlu menjawab soalan dalam Google Form dalam kuiz di bawah. 

https://forms.gle/fddDxh9ainjMBTtXA

2. Pemenang dipilih daripada jumlah bilangan jawapan yang betul dan kepantasan menjawab.

3. 4 orang yang terbaik dipilih sebagai  pemenang bagi tempat berikut:

  • Tempat Pertama
  • Tempat Kedua
  • Tempat Ketiga 
  • 1 Saguhati

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi guru subjek Sejarah anda.

5. Kehadiran kelas PdPR hari ini akan dicatat mengikut penyertaan anda.


Nak hadiah???

Cepat jangan lepaskan peluang...


SELAMAT MENCUBA

Merdeka!! Merdeka!!Merdeka!!

PERTANDINGAN HARI KEBANGSAAN TAHAP 1

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sedang menganjurkan Pertandingan Hari Kebangsaan Tahap 1 

seperti berikut :-

πŸ₯ Murid diminta menjawab soalan yang diberi pada link di bawah :

https://wordwall.net/play/20716/111/969

πŸ₯ Tempoh masa yang diberi 1 jam waktu pdpr Pendidikan Jasmani

πŸ₯ Pemenang akan dipilih berdasarkan masa yang diambil dan markah yang tertinggi

πŸ₯ Lima pemenang akan dipilih.


Sekian,  terima kasih.

PERTANDINGAN MEMBINA MERCU TANDA NEGARA


TARIKH: 30 Ogos 2021 hingga 5 September 2021

HARI: Isnin hingga Ahad


Murid perlu membina satu mercu tanda negara. 

Murid boleh menggunakan bahan dan peralatan yang ada di rumah.

Murid boleh melihat video dan gambar di bawah sebagai rujukan.

πŸŽ₯ https://youtu.be/cE7zQf9J2zc

πŸŽ₯ https://youtu.be/UB-2HRRk92A

πŸŽ₯ https://youtu.be/83YdZrbmTkk

Murid juga boleh mencari rujukan dan sumber dari tempat yang lain untuk mencari idea.

Binaan yang kreatif akan dipilih sebagai pemenang. 

Murid perlu menghantar gambar swafoto dengan hasil karya ke Telegram RBT masing-masing.