Jalan Besar, Kampung Jenderam Hulu, 43800 Dengkil, Selangor. Tel : 03-8768 7211 Email : bba9208@moe.gov.my
24 August 2021
PEMENANG PERTANDINGAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H/2021M SK JENDERAM
23 August 2021
UJIAN KERTAS MODEL OTI-2 DARJAH 6 TAHUN 2021
Merujuk kepada perkara di atas, murid tahun 6 juga akan menduduki ujian pada minggu hadapan ( 23 - 26 Ogos 2021 ) secara luar talian.
Setiap murid akan dibekalkan 1 set kertas soalan subjek teras iaitu :-
1. Bahasa Melayu Pemahaman
2. Bahasa Melayu Penulisan
3. Bahasa Inggeris Pemahaman
4. Bahasa Inggeris Penulisan
5. Matematik Kertas 1
6. Matematik Kertas 2
7. Sains Kertas 1
8. Sains Kertas 2
Bagi memastikan ujian ini dapat dilaksanakan dengan lancar, tarikh-tarikh berikut perlu diikuti :-
📌 20 Ogos / Jumaat (Bermula jam 2.00 petang) hingga 22 Ogos / Ahad - ibu bapa / penjaga boleh mula mengambil set kertas soalan di pondok pengawal SKJ dan tandatangan borang pengambilan ( Sila bawa pen sendiri )
📌 23 - 26 Ogos - Murid- murid mula menjawab soalan ( Jawab soalan mengikut tempoh masa yang dinyatakan pada kertas soalan ) Disarankan 1 subjek, 1 hari.
📌 26 (petang) - 28 Ogos - kertas peperiksaan yang telah siap dijawab dihantar semula ke pondok pengawal sekolah.( Pastikan nama yang lengkap di tulis pada setiap kertas jawapan dan kertas jawapan dimasukkan semula ke dalam plastik soalan )
📌 29 Ogos - Guru subjek mengambil kertas jawapan murid untuk disemak.
Peringatan...
📢Murid yang tidak menghantar kertas jawapan mengikut tarikh yang dinyatakan akan dikira tidak hadir
📢 Ibu bapa / penjaga diminta memantau dan memastikan anak tuan / puan menduduki ujian ini.
📢 Pastikan murid-murid jujur semasa menduduki ujian ini.
Moga mendapat kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan ujian ini.
SELAMAT MAJU JAYA
Sekian, terima kasih.
Penyelaras Tahun Enam
HASLINDA BINTI MAHAD
UJIAN BULANAN TAHUN 2021
Ujian bulanan akan dijalankan bermula dari 23 hingga 26 Ogos 2021 bagi Tahun 4 dan 5 sahaja. Ujian ini meliputi mata pelajaran teras yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Murid Tahun 6 akan menjalani ujian tersebut menggunakan kertas soalan yang dibekalkan oleh pihak sekolah.
Berikut adalah jadual ujian bulanan yang akan dijalankan :-
|
Hari
& Tarikh |
9.00
– 10.00 |
11.00
– 12.00 |
|
Isnin (23/08/21) |
Tahun 4 (BM) |
Tahun 4 (MT) |
|
Selasa (24/08/21) |
Tahun 4 (BI) |
Tahun 4 (SN) |
|
Rabu (25/08/21) |
Tahun 5 (BM) |
Tahun 5 (MT) |
|
Khamis (26/08/21) |
Tahun 5 (BI) |
Tahun 5 (SN) |
Ujian akan dijalankan secara Google Meet pada masa yang telah ditetapkan seperti jadual di atas. Mohon ibu bapa bersedia dengan perkakasan (gadget) untuk menjawab soalan secara dalam talian.
19 August 2021
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1443H SK JENDERAM
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SENADA.
Sambutan Maal Hijrah SK Jenderam 2021M / 1443H akan diadakan pada:
Hari : Jumaat
Tarikh : 20 Ogos 2021
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
Platform : Google Meet
Pakaian : Baju Melayu (Lelaki) atau Baju Kurung (Perempuan)
Kehadiran semua guru dan murid warga SK Jenderam adalah diwajibkan.
Hadirin boleh menyertai sambutan tersebut melalui pautan Google Meet berikut:
https://meet.google.com/sta-tmtz-irx
Buku program pula boleh dilayani melalui pautan AnyFlip seperti di bawah ini:
https://anyflip.com/ojzum/hckh/
Sekian, terima kasih.
16 August 2021
CABARAN MENCARI IKON HARTA KARUN DALAM RAK MAYA SEKOLAH KITA 2021

