02 August 2021

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 NEGERI SELANGOR

 πŸ€·‍♂️ Bila boleh semak permohonan?

πŸ§‘πŸ»‍🏫 1 Ogos 2021 (Permohonan biasa) manakala 1 Oktober 2021 (Permohonan lewat) melalui public.moe.gov.my


🀷‍♂️ Macam mana nak buat rayuan?

πŸ§‘πŸ»‍🏫 Rayuan dalam daerah secara dalam talian shj.


🀷‍♂️ Mesti buat pengesahan di sekolah ke?

πŸ§‘πŸ»‍🏫 Pengesahan secara dalam talian sahaja. (Rujuk sekolah jika ada keperluan tambahan)


🀷‍♂️ Nak tukar sekolah di luar Selangor macam mana pula?

πŸ§‘πŸ»‍🏫 Hubungi PPD untuk reset permohonan dan penjaga perlu kemas kini sekolah/negeri baharu dan dikira pendaftaran lewat. Selepas 15 Disember 2021 hingga sekolah bermula perlu menggunkaan Borang ASBS.


🀷‍♂️ Anak saya tidak ditempatkan di sekolah dimohon dan rayuan tidak berjaya. Macam mana kalau saya nak mohon juga ke sekolah berkenaan?


πŸ§‘πŸ»‍🏫 Boleh memohon pertukaran sekolah apabila sesi persekolahan tahun 2022 bermula menggunakan Borang P.U(A) 275 dari sekolah asal. Kelulusan tertakluk kepada kekosongan tempat.


🀷‍♂️ Bila Hari Orientasi tahun 1?

πŸ§‘πŸ»‍🏫 Penjaga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah tarikh dan cara pelaksanaan oreintasi kerana perhimpunan secara fizikal masih tidak dibenarkan dan bergantung kepada SOP atau arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

26 July 2021

PEMBERITAHUAN TENTANG PENANGGUHAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibu bapa dan penjaga murid SK Jenderam.

SRA Jenderam Hulu akan mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) bermula dari 26 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021.

Sehubungan dengan itu, aktiviti mingguan kokurikulum pada 28 Julai 2021 (Rabu) dan 4 Ogos 2021 (Rabu) adalah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada murid untuk peperiksaan tersebut.

Sebarang kesulitan amat dikesali dan kami didahului ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

PK KOKURIKULUM

SK JENDERAM

SELAMAT KEMBALI MENGIKUTI SESI PdPR TAHUN 2021

 


Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana diberikan kesempatan buat kita semua untuk meneruskan sesi pembelajaran sekolah melalui pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang bermula dari 26 Julai sehingga 30 Ogos 2021. Pihak SK Jenderam mengucapkan selamat kembali ke sekolah walaupun negara masih berjuang memerangi pandemik Covid-19 ini.

Kami berharap murid-murid berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga agar terhindar dari dijangkiti penyakit yang berbahaya kini.

Pastikan murid-murid bersedia dan bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran di rumah dengan konsisten agar murid-murid tidak ketinggalan di dalam pelajaran. Semoga kita semua dapat berjumpa seperti biasa di sekolah apabila dibuka nanti.

16 July 2021

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2021

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SENADA.

Makluman kepada semua ibu bapa  dan penjaga murid SK Jenderam.

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 17 hingga 25 Julai 2021 merupakan Cuti Penggal Persekolahan. Sehubungan dengan itu, tiada PdPR dijalankan sepanjang cuti tersebut. 

Walau bagaimanapun, anak tuan/puan boleh melengkapkan atau menyudahkan tugasan-tugasan yang tertangguh dalam tempoh berkenaan untuk tujuan penilaian PBD mata pelajaran terlibat.

PdPR akan disambung semula mulai 26 Julai 2021 (Isnin).

Pihak sekolah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga SK Jenderam. Semoga kita semua terpelihara daripada dijangkiti penyakit Covid-19. Insyaallah.

Lindungi Diri, Lindungi Keluarga.

Guru Besar

SK Jenderam

16hb Julai 2021