07 November 2021

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH MURID TAHAP 2 SK JENDERAM

 Assalamualaikum dan salam SENADA...


PERINGATAN MESRA KEPADA SEMUA MURID -MURID SK JENDERAM  

Perhatian kepada para ibu bapa.

Pembukaan sekolah bagi Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) bermula dari 8 November 2021.


1. Pastikan diri sihat sebelum   ke sekolah.

2. Pastikan anak-anak tuan/puan membawa:

✅ Sudu dan garpu

✅  Tisu/kain lap

✅  Hands sanitizer sendiri

✅ Air minuman sendiri (DILARANG BERKONGSI) 

✅ Duit utk bayar makanan di kantin.(Mohon sediakan wang kecil secukupnya)

✅ Piring/pinggan plastik untuk alas bungkusan makanan semasa makan. (Selepas makan masukkan ke dalam plastik dan basuh di rumah) 

✅ Digalakkan bawa sudu garpu sendiri

3. Pakai pelitup separuh muka

4. Datang  sebelum pukul 7.30 pagi

5. Semua murid  yang hadir awal sebelum pukul 7 pagi  perlu  masuk ikut pintu Pagar Utama

6. Murid yang tidak mahu  membeli makanan di kantin - jangan lupa bawa makanan/bekalan  sendiri - digalakkan bawa duit takut terlupa bawa bekal.

7. Jangan lupa bawa buku dan alat tulis

8. Mohon hadir ke sekolah mengikut jadual kumpulan penggiliran yang telah ditetapkan.


# Pintu pagar depan (Pagar A) dan pintu pagar belakang (Pagar B) akan dibuka untuk laluan datang dan pulang

# Pintu Pagar B akan dibuka dari pukul 7.00 hingga 7.30 sahaja manakala waktu balik pukul 12.15 hingga 1.45.

# Ibu bapa yang ada anak lebih daripada seorang disarankan meminta anak menunggu di satu tempat sahaja (Pagar A  @ Pagar B). Ini bagi memudahkan ibu bapa mengambil anak masing-masing. 

# Pintu pagar B hanya dibenarkan untuk "drop and drive" sahaja.

Tidak dibenarkan parkir kenderaan untuk mengelakkan kesesakan.

# Sekiranya hari hujan, mohon semua ibu bapa menggunakan Pintu Masuk Utama sahaja untuk masuk ke kawasan sekolah dan menurunkan anak di laluan yang berbumbung.

# Ibubapa murid aliran perdana tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah (kecuali ibu/bapa prasekolah dibenarkan)

# Hantar anak sehingga pintu pagar kelas prasekolah sahaja.


Waktu sesi persekolahan:


Tahap 1  

Isnin:7.40 - 1.00

Selasa: 7.40 - 1.00

Rabu: 7.40 - 12.30

Khamis : 7.40 - 1.00 

Jumaat : 7.40 - 12. 00


Tahap 2 

Isnin: 7.40 - 1.30

Selasa: 7.40 - 1.30

Rabu: 7.40 - 12.30

Khamis: 7.40 - 1.30

Jumaat: 7.40- 12.00


Peringatan mesra daripada,


GURU BESAR

SK JENDERAM

30 October 2021

SMART READING CAMP ONLINE 2021

 


Smart Reading Camp Online adalah hasil kerjasama di antara SK Jenderam, Dengkil dengan SK Haji Ramli, Perak melalui Panitia Bahasa Inggeris sekolah masing-masing yang memfokuskan kepada penguasaan Bahasa Inggeris bagi murid-murid Tahap 1 yang belum menguasai tahap minimum iaitu murid-murid yang hanya menguasai Tahap Penguasaan (TP) 1 dan 2 sahaja.

Kem ini telah disampaikan oleh Cikgu Juliana bt. Muhammad Tajuddin dari SK Haji Ramli. Beliau merupakan Jurulatih Utama Phonics dan Bahasa Inggeris Negeri Perak. Beliau pernah menerima Anugerah PdP Kreatif semasa PKP 2020 dan Anugerah Ikon Guru Inovasi dalm PdP 2020.

Dalam kem ini, murid-murid telah didedahkan kepada cara sebutan (phonetic) yang betul dalam Bahasa Inggeris yang berlainan daripada Bahasa Melayu. Teknik yang beliau gunakan juga dapat menarikminat murid kerana beliau menggunakan kaedah didik hibur dengan menggabungjalinkan pengajaran Bahasa Inggeris dengan lagu serta gaya.

Murid-murid yang menyertai kem ini amat teruja dan bersemangat dengan teknik yang digunakan oleh guru yang membiasakan dirinya dipanggil Miss Ju. Murid-murid turut diajak menyanyi dan menari dengan gaya bahasa yang memudahkan mereka untuk mengingat sebutan dengan tepat.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Juliana kerana telah berjaya membimbing murid-murid ini menguasai sebutan Bahasa Inggeris dengan betul. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norhayati binti Salleh (Guru Besar) SK Haji Ramli kerana sudi bekerjasama dengan SK Jenderam untuk menjayakan Smart Reading Camp Online ini.

Sekalung penghargaan harus diberikan kepada guru-guru Panitia Bahasa Inggeris kedua-dua buah sekolah kerana telah bertungkus-lumus menjayakan kem ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. 

28 October 2021

MINGGU PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB TAHUN 2021

 



PENGOPERASIAN SEKOLAH PASCA PKP BAGI TAHAP 1 DAN TAHAP 2


Sesi persekolahan bagi Tahap 1 dan Tahap 2 akan bermula. Murid Tahap 1 iaitu murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 akan mula bersekolah pada 1 November 2021 (Isnin) manakala murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 akan mula bersekolah pada 8 November 2021 (Isnin).

Menurut arahan yang diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Jika Kumpulan A hadir bersemuka maka Kumpulan B akan melakukan tugasan yang diberikan oleh setiap guru mata pelajaran. Kumpulan ini telah disusun mengikut penggiliran seperti di dalam jadual di bawah. 

Berikut dilampirkan Jadual Penggiliran Persekolahan bagi murid Tahap 1 dan Tahap 2 bagi bulan November dan Disember 2021. Ibu bapa dan penjaga boleh merujuk kepada guru kelas anak masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pemantauan Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dijalankan pada 21 Oktober 2021 (Rabu) di SK Jenderam. Pemantauan dilakukan oleh Dr. Wan Huzaini bin Wan Husain (Ketua Penolon Pengarah). Mengiringi beliau semasa pemantauan ini adalah Pn. Nooriah binti Kasah (Guru Besar) dan En. Mohd Fadzli bin Mansor (PK Pentadbiran).

Tujuan pemantauan ini adalah untuk melihat kesiapsiagaan sekolah sebelum sekolah dibuka untuk menyambung sesi persekolah yang tertangguh sekian lama. Aspek yang ditekankan adalah dari segi pematuhan Prosedur Operasi Standar (SOP) berkaitan Pencegahan Penyakit Covid-19 dan aspek keselamatan sekolah.

Hasil pemantauan tersebut, terdapat beberapa isu yang perlu ditangani segera oleh pihak sekolah iaitu masalah pendawaian yang tidak teratur, lampu kaki lima sekolah yang tidak berfungsi, kebocoran paip yang banyak, pokok besar yang membahayakan keselematan murid, pagar sekolah yang rosak, bumbung makmal, prasekolah dan kantin yang bocor serta alat pemadam api yang telah tamat tempoh.

Pihak sekolah telah mengambil maklum akan teguran daripada pihak nazir dengan mengambil tindakan segera terhadap beberapa isu yang memerlukan tindakan segera. Namun bagi menangani masalah yang besar pihak sekolah memerlukan bantuan dan kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah tersebut.

Pihak sekolah juga turut mengalu-alukan kepada GLC, Badan Berkanun, NGO, Yayasan, syarikat korporat dan individu yang budiman untuk membantu kami membaikpulih kerosakan tersebut untuk menjadikan sekolah ini suatu tempat yang kondusif dan selamat untuk pengajaran dan pembelajaran murid. Selain daripada itu, kami juga bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan pusat pengajian tinggi awam atau swasta bagi membantu kami meningkatkan kualiti pembelejaran murid agar dapat mencapai kecemerlangan sekolah.

Perhatian dan keprihatinan semua amat kami harapkan untuk menjadikan sekolah ini setandaing dengan sekolah-sekolah di bandar yang serba moden dan terkini. Kami tidak akan mudah beputus asa demi mengejar cita-cita anak murid kami untuk menjadi insan yang berguna kepada negara, agama dan bangsa pada suatu hari nanti.