Assalamualaikum dan Salam SENADA,
Berikut ialah senarai pemenang Karnival Stem Online Challenge 2021 yang telah diadakan pada 7 Julai - 31 Julai 2021.
ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta.
Jalan Besar, Kampung Jenderam Hulu, 43800 Dengkil, Selangor. Tel : 03-8768 7211 Email : bba9208@moe.gov.my
Assalamualaikum dan Salam SENADA,
Berikut ialah senarai pemenang Karnival Stem Online Challenge 2021 yang telah diadakan pada 7 Julai - 31 Julai 2021.
ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»ππ»
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta.
1. Saya belum mendaftarkan anak untuk sekolah tahun satu sesi 2022, apa tindakan yang saya perlu buat?
π₯️ Sila daftarkan anak secara online di portal Modul Pengurusan Murid public.moe.gov.my . Pendaftaran secara online dibuka sehingga Disember 2021.
Jika pengguna baharu sila daftar sebagai pengguna baharu menggunakan ID penjaga, manakala jika penjaga ada anak lain sebelum ini yang telah bersekolah di sekolah kerajaan, guna ID dan Password yang sama untuk pendaftaran anak yang seterusnya.
2.Saya telah mendaftar di portal tetapi masih belum nampak penempatan sekolah anak saya.
π₯️ Sila semak sama ada penjaga telah menghantar cetakan maklumat pendaftaran serta dokumen-dokumen yang lengkap ke sekolah yang didaftarkan.
Dokumen perlu dihantar untuk tujuan pengesahan oleh pihak sekolah seterusnya untuk proses penempatan oleh PPD.
3.Saya telah menghantar cetakan maklumat pendaftaran dan dokumen yang lengkap tetapi penempatan anak saya masih tidak ada keputusan.
πJika semua dokumen lengkap telah dihantar ke sekolah tetapi masih belum ada penempatan sekolah, sila berhubung terus dengan pihak sekolah dengan membuat panggilan untuk maklumat lebih terperinci.
4.Anak saya telah ditempatkan sekolah tetapi tidak dapat sekolah yang menjadi pilihan saya. Bagaimana hendak membuat rayuan?
πProses rayuan telah dibuka mulai 1 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021.
Penjaga perlu buat rayuan secara online di portal public.moe.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh die-melkan kepada pegawai meja seperti alamat e-mel yang diberikan di portal.
5.Bilakah saya boleh melihat keputusan rayuan sekolah anak saya?
πSemakan keputusan rayuan akan dibuka mulai 1 Oktober 2021 dan keputusan adalah muktamad.
Assalamualaikum w.b.t.
Ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 sekalian,
Borang Permohonan Penempatan Sekolah (BPPS) telah diletakkan di pondok pengawal ππ».
Mohon ibu bapa :
1. Bawa pen sendiri untuk tandatangan borang pengambilan borang.
2. Menjaga SOP semasa pengambilan borang.
3. Ibu bapa yg sedang menjalani kuarantin tidak perlu datang buat masa ini( Maklumkan kepada Saya)
Terima kasih atas kerjasama tuan/puan
π€·♂️ Bila boleh semak permohonan?
π§π»π« 1 Ogos 2021 (Permohonan biasa) manakala 1 Oktober 2021 (Permohonan lewat) melalui public.moe.gov.my
π€·♂️ Macam mana nak buat rayuan?
π§π»π« Rayuan dalam daerah secara dalam talian shj.
π€·♂️ Mesti buat pengesahan di sekolah ke?
π§π»π« Pengesahan secara dalam talian sahaja. (Rujuk sekolah jika ada keperluan tambahan)
π€·♂️ Nak tukar sekolah di luar Selangor macam mana pula?
π§π»π« Hubungi PPD untuk reset permohonan dan penjaga perlu kemas kini sekolah/negeri baharu dan dikira pendaftaran lewat. Selepas 15 Disember 2021 hingga sekolah bermula perlu menggunkaan Borang ASBS.
π€·♂️ Anak saya tidak ditempatkan di sekolah dimohon dan rayuan tidak berjaya. Macam mana kalau saya nak mohon juga ke sekolah berkenaan?
π§π»π« Boleh memohon pertukaran sekolah apabila sesi persekolahan tahun 2022 bermula menggunakan Borang P.U(A) 275 dari sekolah asal. Kelulusan tertakluk kepada kekosongan tempat.
π€·♂️ Bila Hari Orientasi tahun 1?
π§π»π« Penjaga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah tarikh dan cara pelaksanaan oreintasi kerana perhimpunan secara fizikal masih tidak dibenarkan dan bergantung kepada SOP atau arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.