Jalan Besar, Kampung Jenderam Hulu, 43800 Dengkil, Selangor. Tel : 03-8768 7211 Email : bba9208@moe.gov.my
28 July 2021
26 July 2021
PEMBERITAHUAN TENTANG PENANGGUHAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibu bapa dan penjaga murid SK Jenderam.
SRA Jenderam Hulu akan mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) bermula dari 26 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021.
Sehubungan dengan itu, aktiviti mingguan kokurikulum pada 28 Julai 2021 (Rabu) dan 4 Ogos 2021 (Rabu) adalah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada murid untuk peperiksaan tersebut.
Sebarang kesulitan amat dikesali dan kami didahului ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
PK KOKURIKULUM
SK JENDERAM
SELAMAT KEMBALI MENGIKUTI SESI PdPR TAHUN 2021
16 July 2021
CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2021
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SENADA.
Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga murid SK Jenderam.
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 17 hingga 25 Julai 2021 merupakan Cuti Penggal Persekolahan. Sehubungan dengan itu, tiada PdPR dijalankan sepanjang cuti tersebut.
Walau bagaimanapun, anak tuan/puan boleh melengkapkan atau menyudahkan tugasan-tugasan yang tertangguh dalam tempoh berkenaan untuk tujuan penilaian PBD mata pelajaran terlibat.
PdPR akan disambung semula mulai 26 Julai 2021 (Isnin).
Pihak sekolah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga SK Jenderam. Semoga kita semua terpelihara daripada dijangkiti penyakit Covid-19. Insyaallah.
Lindungi Diri, Lindungi Keluarga.
Guru Besar
SK Jenderam
16hb Julai 2021
07 July 2021
KARNIVAL STEM CHALLENGE 2021
Assalamualaikum dan Salam SENADA.
Merujuk kepada perkara di atas, karnival akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 7 Julai - 31 Julai 2021
Tempat : Kediaman masing-masing
Sasaran : Pelajar Tahap 2 ( Tahun 4, 5 & 6 )
Empat jenis pertandingan akan dijalankan seperti berikut:
1️⃣ Peta i-THINK digital
2️⃣ Poster digital Sains
3️⃣ Fotografi alam semulajadi
4️⃣ Bercerita Sains
Untuk maklumat lanjut, sila klik link di bawah:
https://anyflip.com/ousjx/pkvh/
Untuk menonton Pertandingan Bercerita Sains, sila klik pautan ini :
Berikut ialah guru yang terlibat dalam pengurusan pertandingan:
1️⃣ Peta i-THINK digital
Pn. Wan Khairul Hayati (017 2589800)
2️⃣ Poster digital sains
Pn. Fazlizatul Huda (013 6978798)
3️⃣ Fotografi alam semulajadi
Pn. Durrah (013 6985004)
4️⃣ Bercerita Sains
Pn. Nik Siti (016 2702132)
๐ Hadiah disediakan untuk lima orang pemenang bagi setiap pertandingan.
๐ Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Julai 2021.
Kerjasama semua pihak dalam menjayakan karnival ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pn. Nik Siti Nurfadzilah bt. Nik Ab Rahim
Penyelaras Karnival STEM




