26 July 2021

PEMBERITAHUAN TENTANG PENANGGUHAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ibu bapa dan penjaga murid SK Jenderam.

SRA Jenderam Hulu akan mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) bermula dari 26 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021.

Sehubungan dengan itu, aktiviti mingguan kokurikulum pada 28 Julai 2021 (Rabu) dan 4 Ogos 2021 (Rabu) adalah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada murid untuk peperiksaan tersebut.

Sebarang kesulitan amat dikesali dan kami didahului ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

PK KOKURIKULUM

SK JENDERAM

SELAMAT KEMBALI MENGIKUTI SESI PdPR TAHUN 2021

 


Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana diberikan kesempatan buat kita semua untuk meneruskan sesi pembelajaran sekolah melalui pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang bermula dari 26 Julai sehingga 30 Ogos 2021. Pihak SK Jenderam mengucapkan selamat kembali ke sekolah walaupun negara masih berjuang memerangi pandemik Covid-19 ini.

Kami berharap murid-murid berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kesihatan diri dan keluarga agar terhindar dari dijangkiti penyakit yang berbahaya kini.

Pastikan murid-murid bersedia dan bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran di rumah dengan konsisten agar murid-murid tidak ketinggalan di dalam pelajaran. Semoga kita semua dapat berjumpa seperti biasa di sekolah apabila dibuka nanti.

16 July 2021

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2021

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SENADA.

Makluman kepada semua ibu bapa  dan penjaga murid SK Jenderam.

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 17 hingga 25 Julai 2021 merupakan Cuti Penggal Persekolahan. Sehubungan dengan itu, tiada PdPR dijalankan sepanjang cuti tersebut. 

Walau bagaimanapun, anak tuan/puan boleh melengkapkan atau menyudahkan tugasan-tugasan yang tertangguh dalam tempoh berkenaan untuk tujuan penilaian PBD mata pelajaran terlibat.

PdPR akan disambung semula mulai 26 Julai 2021 (Isnin).

Pihak sekolah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga SK Jenderam. Semoga kita semua terpelihara daripada dijangkiti penyakit Covid-19. Insyaallah.

Lindungi Diri, Lindungi Keluarga.

Guru Besar

SK Jenderam

16hb Julai 2021

07 July 2021

KARNIVAL STEM CHALLENGE 2021

Assalamualaikum dan Salam SENADA. 

Merujuk kepada perkara di atas, karnival akan dijalankan seperti ketetapan berikut:


Tarikh : 7 Julai - 31 Julai 2021

Tempat : Kediaman masing-masing

Sasaran : Pelajar Tahap 2 ( Tahun 4, 5 & 6 )


Empat jenis pertandingan akan dijalankan seperti berikut:


1️⃣   Peta i-THINK digital

2️⃣   Poster digital Sains

3️⃣   Fotografi alam semulajadi

4️⃣   Bercerita Sains


Untuk maklumat lanjut, sila klik link di bawah:


https://anyflip.com/ousjx/pkvh/


Untuk menonton Pertandingan Bercerita Sains, sila klik pautan ini :


https://youtu.be/ZPb_SH4DtCU


https://youtu.be/FpiSdtF2DJQ


https://youtu.be/TcnIgyq7e-I


Berikut ialah guru yang terlibat dalam pengurusan pertandingan:


1️⃣   Peta i-THINK digital

       Pn. Wan Khairul Hayati (017 2589800)

2️⃣   Poster digital sains

       Pn. Fazlizatul Huda (013 6978798)

3️⃣   Fotografi alam semulajadi

       Pn. Durrah (013 6985004)

4️⃣    Bercerita Sains

       Pn. Nik Siti (016 2702132)


๐ŸŽ Hadiah disediakan untuk lima orang pemenang bagi setiap pertandingan.


๐Ÿ“Œ Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Julai 2021.


Kerjasama semua pihak dalam menjayakan karnival ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Pn. Nik Siti Nurfadzilah bt. Nik Ab Rahim

Penyelaras Karnival STEM