07 July 2021

KARNIVAL BAHASA MELAYU 2021 SECARA DALAM TALIAN

 


Merujuk kepada perkara di atas, karnival akan dijalankan mengikut ketetapan seperti berikut :


Tarikh : 7 hingga 10 Julai 2021

Tempat : Kediaman masing-masing

Sasaran : Pelajar Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)


Tiga jenis pertandingan akan dijalankan seperti berikut :

1. DENDANGAN SYAIR
📌Pelajar mendendangkan syair yang perlu dihafal.
📌Teks syair akan diberi kepada pelajar yang berminat untuk sertai.
📌Irama syair yang boleh dipilih ialah Selendang Delima, Tuk Kenali, Perantau, Narasi, Mayang, Batu Belah, Hiasan, Perindu, Dodoi dan Dandan Setia.
📌Muzik latar tidak dibenarkan.
📌Rakaman video perlu mengikut spesifikasi berikut :
✅ Durasi rakaman video dendangan syair tidak melebihi 15 minit.
✅Rakaman menggunakan alat yang sesuai seperti telefon pintar perlu jelas visual (gambar penuh peserta) dan audionya tanpa gangguan bunyi persekitaran.
✅Rakaman video secara melintang dalam format AVI atau MP4.
✅Peserta tidak perlu menyatakan identiti diri seperti nama dan sekolah dalam rakaman video.

2. DEKLAMASI SAJAK
📌Peserta perlu menghafal teks sajak.
📌Teks sajak akan diberi kepada pelajar yang berminat untuk sertai.
📌Muzik latar tidak dibenarkan.
📌Rakaman video perlu mengikut spesifikasi berikut :
✅Durasi rakaman video deklamasi sajak tidak melebihi 15 minit.
✅Rakaman menggunakan alat peranti yang sesuai seperti telefon pintar perlu jelas visual (gambar penuh peserta) dan audionya tanpa gangguan bunyi persekitaran.
✅Rakaman video secara melintang dalam format AVI atau MP4.
✅Peserta tidak perlu menyatakan identiti diri seperti nama dan sekolah dalam rakaman video.

3. MENULIS ESEI
📌Tajuk esei ialah Jadi Diri Anak-anak Bermula di Rumah
📌Esei mestilah lengkap dengan tajuk sahaja tanpa menyatakan identiti peserta dalam teks.
📌Had perkataan dalam esei antara 250 hingga 350 patah perkataan.
📌Format esei :
✅Ditaip menggunakan fonts Times New Roman
✅Saiz huruf 12
✅Jarak langkau 1.5 baris
✅Esei dihantar kepada guru yang terlibat dalam bentuk PDF.

Guru yang terlibat dalam menguruskan pertandingan seperti berikut :

👩🏻‍🏫 Dendangan Syair
Puan Haslinda Binti Mahad - 019-6675402

👩🏻‍🏫 Deklamasi Sajak
Puan Hamimah binti Jamil - 011-40420540

👩🏻‍🏫 Menulis Esei
Puan Nor Saidah Binti Mat Said - 014-6776609

🎁Hadiah disediakan untuk 5 orang pemenang bagi setiap jenis pertandingan.

🗣️Tarikh akhir menghantar penyertaan kepada guru yang berkenaan ialah pada 10 Julai 2021 jam 6.00 petang.

Kerjasama semua pihak dalam menjayakan karnival ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

PUAN HASLINDA BINTI MAHAD
Penyelaras Karnival Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment