13 October 2014

KEJOHANAN KRIKET PERINGKAT DAERAH SEPANG


Pada 13 Oktober 2014, telah berlangsung Kejohanan Kriket daerah Sepang di SK Jenderam. Tiga buah sekolah telah menyertai kejohanan iaitu SJKT Taman Permata, SK SG. Rawang dan SK Jenderam. Kejohanan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.
aksi balingan yang penuh semangat......

pukulan maut....
 SK Jenderam telah merangkul sebagai Juara. Manakala SK SG. Rawang Naib Johan dan SJKT Taman Permata menduduki tempat ketiga. Seramai 5 orang pegawai bertugas yang telah bertungkus lumus menjayakan Kejohanan kriket daerah seepang 2014.


penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta

 Ucapan tahniah & terima kasih atas kemenangan dan kerjasama yang diberikan.....
kenangan bersama...skuad kriket 2014;)

08 September 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKJ 2014

Sempena bulan yang Mulia, Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan Program Tadarus al-Quran sepanjang bulan Ramadan. Seramai 60 orang peserta terlibat yang terdiri daripada tahun 3 hingga tahun 6. Majlis Khatam al-Quran telah diadakan bagi meraikan para peserta selain tujuan utama mendekatkan diri para guru dan murid-murid dengan ayat-ayat suci al-Quran



HARI GURU SKJ 2014

tanggal 16 Mei pada setiap tahun, pasti semua guru akan diraikan sempena Hari Guru Sedunia. Tujuan Hari Guru diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak-anak bangsa. 

JIKA HARI INI  SEORANG MENTERI BERKUASA.
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA,
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA,
JIKA HARI INI SEORANG PENULIS TERKEMUKA,
JIKA HARI INI SESIAPA SAHAJA MENJADI DEWASA,

SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA,
YANG TIDAK JEMU MENGAJAR TULIS DAN BACA.  





MERENTAS DESA 2014





15 March 2014

KEM BESTARI SOLAT 1/2014

Alhamdulillah pada 15 Mac 2014, telah diadakan Kem Bestari Solat 1/2014 bagi murid-murid tahap 1.
Kehadiran murid amat baik. Semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF terlibat dengan dibantu oleh murid-murid turus tahun 4 dan tahun 5. Ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Majid Ar-Redha Kg. Jenderam Hulu dalam bersama-sama menjayakan program KBS yang dijalankan. Semoga usaha ini mendapat Rahmat dan Keberkatan Ilahi dalam melahirkan Generasi Soleh dan Solehah;)