30 August 2021

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK ATAU SAJAK MERDEKA DALAM BAHASA ARAB

 Assalamualaikum w.b.t. dan Salam SENADA.

Sempena pelancaran Bulan Kebangsaan pada tahun ini, Panitia Bahasa Arab akan menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik atau Sajak Merdeka dalam Bahasa Arab. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Para peserta diberi 3 pilihan lagu seperti di bawah ini. Peserta hanya boleh memilih satu lagu sahaja. Skema pemarkahan juga turut disertakan bersama.

Bagi pertandingan sajak pula, pilihan sajak telah diberikan di Telegram kelas masing-masing. Peserta boleh memilih satu sajak sahaja. Peserta boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk menambahbaik cara penyampaian sajak tersebut agar lebih menarik dan menghiburkan. Penyampaian sajak perlu dibuat dalam bentuk video dan dihantar melalui Telegram kepada Ustazah Zurailah untuk penilaian. Tarikh akhir penghantaran rakaman video tersebut adalah sebelum 10 September 2021.

🌹Pilihan lagu:

1.  https://youtu.be/VWa0ZFwVF8k

2.  https://youtu.be/8gRWik_dnIU

3.  https://youtu.be/iLBbmjO7f1g

🌹Murid boleh memilih satu sahaja lagu untuk dinyanyikan.

🌹PEMARKAHAN BERDASARKAN:

     1. Suara - 30%

     2. Tempo lagu - 30%

     3.  Gaya persembahan - 20%

     4.  Kreativiti - 20%

🌹Nyanyian mestilah dalam bentuk rakaman video.

🌹Rakaman yang telah siap sila hantar ke Telegram personal USTAZAH ZURAILAH

🌹Teks sajak boleh ambil dalam Telegram kelas masing masing

🌹Syukran semua

No comments:

Post a Comment