1. Saya belum mendaftarkan anak untuk sekolah tahun satu sesi 2022, apa tindakan yang saya perlu buat?
🖥️ Sila daftarkan anak secara online di portal Modul Pengurusan Murid public.moe.gov.my . Pendaftaran secara online dibuka sehingga Disember 2021.
Jika pengguna baharu sila daftar sebagai pengguna baharu menggunakan ID penjaga, manakala jika penjaga ada anak lain sebelum ini yang telah bersekolah di sekolah kerajaan, guna ID dan Password yang sama untuk pendaftaran anak yang seterusnya.
2.Saya telah mendaftar di portal tetapi masih belum nampak penempatan sekolah anak saya.
🖥️ Sila semak sama ada penjaga telah menghantar cetakan maklumat pendaftaran serta dokumen-dokumen yang lengkap ke sekolah yang didaftarkan.
Dokumen perlu dihantar untuk tujuan pengesahan oleh pihak sekolah seterusnya untuk proses penempatan oleh PPD.
3.Saya telah menghantar cetakan maklumat pendaftaran dan dokumen yang lengkap tetapi penempatan anak saya masih tidak ada keputusan.
📑Jika semua dokumen lengkap telah dihantar ke sekolah tetapi masih belum ada penempatan sekolah, sila berhubung terus dengan pihak sekolah dengan membuat panggilan untuk maklumat lebih terperinci.
4.Anak saya telah ditempatkan sekolah tetapi tidak dapat sekolah yang menjadi pilihan saya. Bagaimana hendak membuat rayuan?
📝Proses rayuan telah dibuka mulai 1 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021.
Penjaga perlu buat rayuan secara online di portal public.moe.gov.my dan sebarang pertanyaan boleh die-melkan kepada pegawai meja seperti alamat e-mel yang diberikan di portal.
5.Bilakah saya boleh melihat keputusan rayuan sekolah anak saya?
📌Semakan keputusan rayuan akan dibuka mulai 1 Oktober 2021 dan keputusan adalah muktamad.
No comments:
Post a Comment