30 September 2021

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD) TAHUN 2021


PROGRAM : PROGRAM TRASFORMASI DIRI

TARIKH : 30/9/2021 (KHAMIS)

MASA : 10.00-11.00 PAGI

SASARAN : MURID TAHUN 4,5,6

PLATFORM : YOUTUBE


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Senada,


🎯Hari ini murid-murid akan mengikuti ProgramTransformasi Diri seperti yang telah dirancang. Jom kita mulakan. Sila baca dan faham dengan teliti setiap penerangan yang diberikan.


AKTIVITI 1 : 

🎯Sila tonton video aktiviti 'Program Transformasi Diri' di bawah.


https://youtu.be/B-IqctqkAp8


AKTIVITI 2 :

🎯Tonton video 'Nilai Murni' di bawah.


https://youtu.be/52_Uqc792sk


🎯AKTIVITI 3: TUGASAN

(a) Rancang 1 jadual harian anda bermula awal pagi sehingga malam. (guna kertas A4)

(b) Senaraikan nilai-nilai murni menggunakan peta i-Think yang sesuai berdasarkan video yang anda tonton tadi. (guna kertas A4)


🎯Hasil kerja mestilah betul, kemas dan cantik.

*10 pemenang akan dipilih  untuk aktiviti 3 (a)

*10 pemenang akan dipilih untuk aktiviti 3 (b)


🎯Tugasan mesti dihantar selewat-lewatnya 2/10/2021 (Sabtu). Tulis nama dan kelas anda. Sila hantar tugasan anda ke  014-6776609 (Cikgu Saidah) melalui aplikasi Whatsapp.


Sekian terima kasih.


"SELAMAT MAJU JAYA"


Unit Bimbingan & Kaunseling SKJ 

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 MURID TAHUN 6 SK JENDERAM

Assalamulaikum w.b.t. dan Salam Senada,

Unit Hal Ehwal Murid, SK Jenderam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Salak dan PPD Sepang akan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 kepada semua murid Tahun 6. Program tersebut akan dilaksanakan seperti jadual di bawah ini:-


Perkara : Program Iminusasi Covid-19 Murid Tahun 6

Tempat : PPV MMU, CYBERJAYA

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/Gca7ASonuFhJcn9g8

Tarikh : 1/10/2021(Jumaat)

Sasaran : Murid Tahun 6

Slot vaksin : 12.00 tengahari

Guru bertugas: Pn. Haslinda (019-667 5402) & Pn. Razliza (012-626 6098)


Ibu bapa atau penjaga diwajibkan hadir bersama anak masing-masing dengan membawa kad pengenalan atau MyKid serta telefon pintar dengan aplikasi MySejahtera. Hanya seorang penjaga sahaja yang dibenarkan hadir bersama dengan murid. Murid-murid digalakkan memakai pakaian yang sesuai semasa pemberian vaksin.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada guru yang bertugas.

Sekian, terima kasih.

22 September 2021

AKTIVITI KOKURIKULUM (KELAB & PERSATUAN)

KELAB & PERSATUAN

Hari              :  Rabu

Tarikh           : 22/9/2021

Masa.           : 2.00 - 4.00 petang

Perjumpaan  : Kali ke-3


Assalamualaikum w.b.t.

✅Mohon semua murid untuk membuat tugasan yang diberi. 

✅Pastikan murid menulis nama penuh & nama kelas dengan lengkap. 

✅Markah kehadiran akan diberi berdasarkan penyertaan murid.

✅Berikut adalah link untuk setiap kelab & persatuan👇🏻


💜 KELAB BAHASA DAN KEBUDAYAAN

Tonton:📌https://youtu.be/jpFGuV2WS3s

Aktiviti:📌https://wordwall.net/ms/resource/22028261

Screenshot markah kamu dan hantarkan ke:

📌https://t.me/joinchat/S0nb2SAMV_l_Svib


💙 PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

Tonton: https://youtu.be/S1t1kqQrlQU

Aktiviti: https://wordwall.net/resource/21981240

Screenshot markah kamu dan hantar ke:

https://t.me/joinchat/OLTM3GArO4UyYzY1

Sekian, terima kasih.


💚 KELAB SPBT

Tonton:https://youtu.be/1qvk4tYC0UU

Aktiviti:Jawab soalan kuiz di bawah :-

https://quizizz.com/join?gc=17285710

Screenshot markah kamu dan hantar ke:

https://t.me/joinchat/O_sH1vQ2M8Q1MThl


❤️ KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Tonton: https://youtu.be/bZSwAveXUtg

Aktiviti: Buat kuiz di link berikut👇🏻

https://wordwall.net/ms/resource/10952396

Kemudian screenshot markah dan hantar ke telegram 

https://t.me/joinchat/kVnjuD8Xjsk1ZWJl


🧡 KELAB RUKUN NEGARA

Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=k-BNxCKwHVs

Aktiviti: https://wordwall.net/resource/20227041/jata-negara

Screenshot markah kamu dan hantar ke Telegram Kelab Rukun Negara. Klik link di bawah:

https://t.me/joinchat/pdVWlV8FKlk3MGE1


Kerjasama daripada anda semua amatlah dihargai...🥰


💖Cikgu Fauziatul Durra

Penyelaras Kelab & Persatuan

SK Jenderam 2021

PEMENANG PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN DAN PERMAINAN PERINGKAT SK JENDERAM TAHUN 2021

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya mendapat tempat bagi Pertandingan Kemahiran Sukan dan Permainan Peringkat SK Jenderam Tahun 2021.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang telah membantu melatih dan merakam video peserta untuk pertandingan tersebut.

Setingg-tinggi penghargaan diberikan kepada murid-murid yang telah menyertai pertandingan tersebut. Murid-murid yang kurang bernasib baik, jangan mudah berputus asa. Teruskan dengan latihan dengan bersungguh-sungguh. Kejayaan pasti milik anda.

PERUBAHAN TARIKH AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM TAHUN 2021

Berikutan penundaan tarikh peperiksaan UPKK 2021, terdapat perubahan takwim perjumpaan aktiviti mingguan kokurikulum.

Berikut dilampirkan jadual aktiviti kokurikulum yang baharu sebagai panduan ibu bapa/penjaga. 


Kerjasama daripada ibu bapa dan penjaga adalah kami harapankan. Pihak sekolah memohon maaf di atas segala kesulitan.

Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan. Sekian, harap maklum.


PK Kokurikulum

SK Jenderam

10 September 2021

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 TAHUN 2021

 

Cuti Pertengahan Penggal 2 Tahun 2021 akan bermula dari 11 - 19 September 2021. Justeru itu, tiada pengajaran dan pembelajaran murid SK Jenderam sepanjang tempoh tersebut.

Sekolah akan dibuka semula pada 20 September 2021 (Isnin).

Harap ibu bapa dan penjaga mengawasi anak masing-masing agar berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Sekian, harap maklum.

03 September 2021

PERTANDINGAN ESSAY WRITING SEKOLAH RENDAH KARVIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH SEPANG TAHUN 2021


PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR TAHUN 2021

 


Assalamualaikum dan Salam SENADA.

Unit Disiplin dan Pengawas, Pusat Sumber Sekolah, Unit ICT dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Program Kepimpinan Pelajar 2021 seperti ketetapan berikut:-


Tarikh : 4 September 2021

Hari : Sabtu

Masa : 2.00 petang - 4.30 petang

Tempat : Kediaman masing-masing

Peserta : Semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Bridget Bestari, Ketua dan Penolong Ketua Kelas

Pakaian : Uniform Sekolah

Medium : Aplikasi Google Meet

📌 Kehadiran adalah diwajibkan


Diminta ibu bapa/penjaga murid untuk masuk ke link berikut untuk maklumat lanjut :- https://chat.whatsapp.com/JuPQMhbX4JO05z6ogSM3uS


Senarai penuh peserta kem boleh dilihat pada pautan di bawah ini:-

https://drive.google.com/file/d/1bxg3y5cKpBxwguW5OUxE41HbhhywHw41/view?usp=sharing


Segala kerjasama daripada semua ibu bapa/penjaga diucapkan terima kasih.

PERUBAHAN JADUAL AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM SK JENDERAM TAHUN 2021


 











Assalamualaikum dan Salam SENADA...

Makluman kepada ibu bapa/ penjaga SK Jenderam.

Adalah dimaklumkan bahawa Aktiviti Mingguan Kokurikulum akan dilaksanakan pada:


Setiap Rabu (2.00-4.00 petang) 

Setiap Sabtu Minggu 2 dan 4 (8.30 pagi-10.30 pagi) 


Aktiviti tersebut berdasarkan keperluan bilangan 5 kali perjumpaan utk direkodkan dalam PAJSK Kokurikulum tahun 2021. Berikut dilampirkan jadual aktiviti kokurikulum sebagai panduan ibu bapa/penjaga. 

Jika ada sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan. 


PK Kokurikulum

SK Jenderam

CERAMAH MURID CEMERLANG DENGAN GAJET

 

🎗Tarikh : 4 September 2021 (Sabtu) 

🎗Masa : 10.30 pagi 

🎗Saluran : Youtube Majlis Guru Kaunseling Sepang

🎗Penyertaan percuma kepada semua murid dan ibu bapa Sekolah Rendah Daerah Sepang. 

🎗Panel 1 : Puan Nur Hafiza Binti Nasir Hamzah (Kaunselor UniKL MIIT) 

🎗Panel 2 : Puan Azlina binti Che Mid (Kaunselor UniKL MIIT)

🎗e-sijil penyertaan disediakan oleh pihak UniKL

02 September 2021

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU PATRIOTIK

 

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,

Panitia Pendidikan Muzik telah menganjurkan Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Patriotik kepada semua murid. Pertandingan ini dibuka kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Berikut adalah pilihan lagu mengikut kategori masing-masing.

🎉Contoh-contoh pilihan lagu patriotik Tahap 1 :

     1. Tanggal 31

     2.  Jalur Gemilang

🎉Contoh-contoh pilihan lagu patriotik Tahap 2 :

     1. Tanggal 31

     2.  Jalur Gemilang

     3.  Keranamu

     4.  dan lain-lain

🎉Murid boleh memilih satu lagu sahaja untuk dinyanyikan.

🎉TARIKH  : 1/9 - 8/9/2021

🎉PEMARKAHAN BERDASARKAN:

     1. Suara - 40%

     2. Tempo lagu - 30%

     3. Gaya persembahan - 15%

     4. Kreativiti - 15%

🎉Nyanyian mestilah dalam bentuk rakaman video.

🎉Rakaman yang telah siap sila hantar ke Telegram kelas masing-masing


✨Terima kasih✨

PERTANDINGAN KUIZ KEMERDEKAAN 2021 TAHAP 2

 Assalammualaikum dan selamat sejahtera. 


🥁 Murid diminta menjawab soalan yang diberi pada link di bawah :

https://docs.google.com/forms/d/1fwsSixlyhmrYfPi1SwhO8H5MCFDck6IMMuD8PGqMOsg/edit?usp=sharing

🥁 Tempoh masa yang diberi 1 jam waktu pdpr Pendidikan Jasmani

🥁Pemenang akan dipilih berdasarkan masa yang diambil dan markah yang tertinggi

🥁 Lima pemenang akan dipilih


Sekian,  terima kasih

01 September 2021

PEMENANG POETRY RECITATION KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH SEPANG 2021

 

TIKTOK CHALLENGE

 

PERTANDINGAN SWAFOTO PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pertandingan Swafoto Pusat Sumber Sekolah telah dibuka kepada semua murid SK Jenderam. Murid-murid perlu mengambil foto bertemakan kemerdekaan dengan gaya yang kreatif. 

Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini boleh menghantar foto ke Telegram kelas masing-masing. Penyertaan perlu disertakan dengan nama penuh murid dan nama kelas.

Guru kelas akan menghantar penyertaan kepada para juri untuk dinilai. Pemenang akan dinilai dari aspek kreativiti dan menepati tema yang diberikan. Keputusan para juri adalah muktamad.

Terima kasih.

📸📸📸📸📸📸📸

KUIZ BULAN KEBANGSAAN TAHAP 2


Tahun : 4 Bestari

Subjek : Sejarah

Tarikh : 1.9.2021 (Rabu)

Masa : 11.30- 12.30 tengah hari

Aktiviti : Kuiz Sejarah Malaysia

*Sila hantar penyertaan  sebelum atau pada 8.9.2021 (Rabu)


ARAHAN AKTIVITI


1. Murid perlu menjawab soalan dalam Google Form dalam kuiz di bawah. 

https://forms.gle/fddDxh9ainjMBTtXA

2. Pemenang dipilih daripada jumlah bilangan jawapan yang betul dan kepantasan menjawab.

3. 4 orang yang terbaik dipilih sebagai  pemenang bagi tempat berikut:

  • Tempat Pertama
  • Tempat Kedua
  • Tempat Ketiga 
  • 1 Saguhati

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi guru subjek Sejarah anda.

5. Kehadiran kelas PdPR hari ini akan dicatat mengikut penyertaan anda.


Nak hadiah???

Cepat jangan lepaskan peluang...


SELAMAT MENCUBA

Merdeka!! Merdeka!!Merdeka!!

PERTANDINGAN HARI KEBANGSAAN TAHAP 1

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sedang menganjurkan Pertandingan Hari Kebangsaan Tahap 1 

seperti berikut :-

🥁 Murid diminta menjawab soalan yang diberi pada link di bawah :

https://wordwall.net/play/20716/111/969

🥁 Tempoh masa yang diberi 1 jam waktu pdpr Pendidikan Jasmani

🥁 Pemenang akan dipilih berdasarkan masa yang diambil dan markah yang tertinggi

🥁 Lima pemenang akan dipilih.


Sekian,  terima kasih.

PERTANDINGAN MEMBINA MERCU TANDA NEGARA


TARIKH: 30 Ogos 2021 hingga 5 September 2021

HARI: Isnin hingga Ahad


Murid perlu membina satu mercu tanda negara. 

Murid boleh menggunakan bahan dan peralatan yang ada di rumah.

Murid boleh melihat video dan gambar di bawah sebagai rujukan.

🎥 https://youtu.be/cE7zQf9J2zc

🎥 https://youtu.be/UB-2HRRk92A

🎥 https://youtu.be/83YdZrbmTkk

Murid juga boleh mencari rujukan dan sumber dari tempat yang lain untuk mencari idea.

Binaan yang kreatif akan dipilih sebagai pemenang. 

Murid perlu menghantar gambar swafoto dengan hasil karya ke Telegram RBT masing-masing.