07 November 2021

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH MURID TAHAP 2 SK JENDERAM

 Assalamualaikum dan salam SENADA...


PERINGATAN MESRA KEPADA SEMUA MURID -MURID SK JENDERAM  

Perhatian kepada para ibu bapa.

Pembukaan sekolah bagi Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) bermula dari 8 November 2021.


1. Pastikan diri sihat sebelum   ke sekolah.

2. Pastikan anak-anak tuan/puan membawa:

✅ Sudu dan garpu

✅  Tisu/kain lap

✅  Hands sanitizer sendiri

✅ Air minuman sendiri (DILARANG BERKONGSI) 

✅ Duit utk bayar makanan di kantin.(Mohon sediakan wang kecil secukupnya)

✅ Piring/pinggan plastik untuk alas bungkusan makanan semasa makan. (Selepas makan masukkan ke dalam plastik dan basuh di rumah) 

✅ Digalakkan bawa sudu garpu sendiri

3. Pakai pelitup separuh muka

4. Datang  sebelum pukul 7.30 pagi

5. Semua murid  yang hadir awal sebelum pukul 7 pagi  perlu  masuk ikut pintu Pagar Utama

6. Murid yang tidak mahu  membeli makanan di kantin - jangan lupa bawa makanan/bekalan  sendiri - digalakkan bawa duit takut terlupa bawa bekal.

7. Jangan lupa bawa buku dan alat tulis

8. Mohon hadir ke sekolah mengikut jadual kumpulan penggiliran yang telah ditetapkan.


# Pintu pagar depan (Pagar A) dan pintu pagar belakang (Pagar B) akan dibuka untuk laluan datang dan pulang

# Pintu Pagar B akan dibuka dari pukul 7.00 hingga 7.30 sahaja manakala waktu balik pukul 12.15 hingga 1.45.

# Ibu bapa yang ada anak lebih daripada seorang disarankan meminta anak menunggu di satu tempat sahaja (Pagar A  @ Pagar B). Ini bagi memudahkan ibu bapa mengambil anak masing-masing. 

# Pintu pagar B hanya dibenarkan untuk "drop and drive" sahaja.

Tidak dibenarkan parkir kenderaan untuk mengelakkan kesesakan.

# Sekiranya hari hujan, mohon semua ibu bapa menggunakan Pintu Masuk Utama sahaja untuk masuk ke kawasan sekolah dan menurunkan anak di laluan yang berbumbung.

# Ibubapa murid aliran perdana tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah (kecuali ibu/bapa prasekolah dibenarkan)

# Hantar anak sehingga pintu pagar kelas prasekolah sahaja.


Waktu sesi persekolahan:


Tahap 1  

Isnin:7.40 - 1.00

Selasa: 7.40 - 1.00

Rabu: 7.40 - 12.30

Khamis : 7.40 - 1.00 

Jumaat : 7.40 - 12. 00


Tahap 2 

Isnin: 7.40 - 1.30

Selasa: 7.40 - 1.30

Rabu: 7.40 - 12.30

Khamis: 7.40 - 1.30

Jumaat: 7.40- 12.00


Peringatan mesra daripada,


GURU BESAR

SK JENDERAM

30 October 2021

SMART READING CAMP ONLINE 2021

 


Smart Reading Camp Online adalah hasil kerjasama di antara SK Jenderam, Dengkil dengan SK Haji Ramli, Perak melalui Panitia Bahasa Inggeris sekolah masing-masing yang memfokuskan kepada penguasaan Bahasa Inggeris bagi murid-murid Tahap 1 yang belum menguasai tahap minimum iaitu murid-murid yang hanya menguasai Tahap Penguasaan (TP) 1 dan 2 sahaja.

Kem ini telah disampaikan oleh Cikgu Juliana bt. Muhammad Tajuddin dari SK Haji Ramli. Beliau merupakan Jurulatih Utama Phonics dan Bahasa Inggeris Negeri Perak. Beliau pernah menerima Anugerah PdP Kreatif semasa PKP 2020 dan Anugerah Ikon Guru Inovasi dalm PdP 2020.

Dalam kem ini, murid-murid telah didedahkan kepada cara sebutan (phonetic) yang betul dalam Bahasa Inggeris yang berlainan daripada Bahasa Melayu. Teknik yang beliau gunakan juga dapat menarikminat murid kerana beliau menggunakan kaedah didik hibur dengan menggabungjalinkan pengajaran Bahasa Inggeris dengan lagu serta gaya.

Murid-murid yang menyertai kem ini amat teruja dan bersemangat dengan teknik yang digunakan oleh guru yang membiasakan dirinya dipanggil Miss Ju. Murid-murid turut diajak menyanyi dan menari dengan gaya bahasa yang memudahkan mereka untuk mengingat sebutan dengan tepat.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Juliana kerana telah berjaya membimbing murid-murid ini menguasai sebutan Bahasa Inggeris dengan betul. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norhayati binti Salleh (Guru Besar) SK Haji Ramli kerana sudi bekerjasama dengan SK Jenderam untuk menjayakan Smart Reading Camp Online ini.

Sekalung penghargaan harus diberikan kepada guru-guru Panitia Bahasa Inggeris kedua-dua buah sekolah kerana telah bertungkus-lumus menjayakan kem ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. 

28 October 2021

MINGGU PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB TAHUN 2021

 



PENGOPERASIAN SEKOLAH PASCA PKP BAGI TAHAP 1 DAN TAHAP 2


Sesi persekolahan bagi Tahap 1 dan Tahap 2 akan bermula. Murid Tahap 1 iaitu murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 akan mula bersekolah pada 1 November 2021 (Isnin) manakala murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 akan mula bersekolah pada 8 November 2021 (Isnin).

Menurut arahan yang diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, murid-murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Jika Kumpulan A hadir bersemuka maka Kumpulan B akan melakukan tugasan yang diberikan oleh setiap guru mata pelajaran. Kumpulan ini telah disusun mengikut penggiliran seperti di dalam jadual di bawah. 

Berikut dilampirkan Jadual Penggiliran Persekolahan bagi murid Tahap 1 dan Tahap 2 bagi bulan November dan Disember 2021. Ibu bapa dan penjaga boleh merujuk kepada guru kelas anak masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pemantauan Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dijalankan pada 21 Oktober 2021 (Rabu) di SK Jenderam. Pemantauan dilakukan oleh Dr. Wan Huzaini bin Wan Husain (Ketua Penolon Pengarah). Mengiringi beliau semasa pemantauan ini adalah Pn. Nooriah binti Kasah (Guru Besar) dan En. Mohd Fadzli bin Mansor (PK Pentadbiran).

Tujuan pemantauan ini adalah untuk melihat kesiapsiagaan sekolah sebelum sekolah dibuka untuk menyambung sesi persekolah yang tertangguh sekian lama. Aspek yang ditekankan adalah dari segi pematuhan Prosedur Operasi Standar (SOP) berkaitan Pencegahan Penyakit Covid-19 dan aspek keselamatan sekolah.

Hasil pemantauan tersebut, terdapat beberapa isu yang perlu ditangani segera oleh pihak sekolah iaitu masalah pendawaian yang tidak teratur, lampu kaki lima sekolah yang tidak berfungsi, kebocoran paip yang banyak, pokok besar yang membahayakan keselematan murid, pagar sekolah yang rosak, bumbung makmal, prasekolah dan kantin yang bocor serta alat pemadam api yang telah tamat tempoh.

Pihak sekolah telah mengambil maklum akan teguran daripada pihak nazir dengan mengambil tindakan segera terhadap beberapa isu yang memerlukan tindakan segera. Namun bagi menangani masalah yang besar pihak sekolah memerlukan bantuan dan kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah tersebut.

Pihak sekolah juga turut mengalu-alukan kepada GLC, Badan Berkanun, NGO, Yayasan, syarikat korporat dan individu yang budiman untuk membantu kami membaikpulih kerosakan tersebut untuk menjadikan sekolah ini suatu tempat yang kondusif dan selamat untuk pengajaran dan pembelajaran murid. Selain daripada itu, kami juga bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan pusat pengajian tinggi awam atau swasta bagi membantu kami meningkatkan kualiti pembelejaran murid agar dapat mencapai kecemerlangan sekolah.

Perhatian dan keprihatinan semua amat kami harapkan untuk menjadikan sekolah ini setandaing dengan sekolah-sekolah di bandar yang serba moden dan terkini. Kami tidak akan mudah beputus asa demi mengejar cita-cita anak murid kami untuk menjadi insan yang berguna kepada negara, agama dan bangsa pada suatu hari nanti. 




MEMORI MESYUARAT AGUNG PIBG SK JENDERAM TAHUN 2021

Mesyuarat Agung PIBG SK Jenderam kali ke-46 bagi tahun 2021 telah dilaksanakan pada 23 Oktober 2021 (Sabtu) yang lalu. Mesyuarat agung pada kali ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet tanpa kehadiran ibu bapa secara fizikal. Namun hanya perasmi, Yang Dipertua dan Naib YDP PIBG sahaja yang bersiaran secara langsung bertempat di Balai Raya Kg. Jenderam Hulu. Terima kasih kami ucapkan kepada Ketua Kampung dan Pengerusi Kg. Jenderam Hulu kerana membenarkan kami menggunakan balai raya kampung untuk mesyuarat ini.

Mesyuarat agung ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shahrum bin Abd Hasan daripada Yayasan Cikgu Abu Hasan Mohd Amin. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi hadir dan merasmikan mesyuarat ini. Dengan kesungguhan semua guru dan AJK PIBG, mesyuarat agung dapat dijayakan dengan baik sekali. 

Agenda mesyuarat pada tahun ini hanya membincangkan tentang usul yang dikemukakan oleh ibu bapa dan penjaga berkaitan perkembangan aktiviti sekolah dan penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk kemajuan dan kecemerlangan sekolah ini. Selain daripada itu, agenda biasa yang dilaksanakan adalah sama seperti mesyuarat yang lain. Cuma tiada pemilihan ahli jawatankuasa baharu kerana pemilihan AJK baharu hanya dilakukan dwi-tahunan sahaja.

PIBG dan pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa dan penjaga kerana sudi hadir pada mesyuarat agung ini. PIBG juga turut menyediakan cabutan bertuah kepada ibu bapa yang bernasib baik bagi memeriahkan lagi mesyuarat untuk menggalakkan kehadiran ibu bapa.

Segala usul yang dibincangkan telah diambil maklum oleh PIBG dan sekolah untuk diambil tindakan yang sewajarnya. Melalui mesyuarat agung ini, kita semua dapat bekerjasama untuk menangani sebarang kesulitan yang timbul supaya sekolah dapat beroperasi dengan lancar untuk membina modal insan yang cemerlang.


SEMASA MESYUARAT SEDANG BERSIARAN LANGSUNG



BELAKANG TABIR






23 October 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG SK JENDERAM KALI KE-46 TAHUN 2021

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 😊


Mesyuarat Agung PIBG SK Jenderam Kali ke-46 akan diadakan seperti berikut;


Tarikh : 23 Oktober 2021 (Sabtu)

Masa : 2.15 petang ( Boleh log masuk bermula jam 2.00 petang )


Mesyuarat ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. 


Link Google Meet Mesyuarat Agung

https://meet.google.com/vjb-ffwq-nqs


Buku Program Mesyuarat Agung (boleh download atau tengok online)

https://flipbookpdf.net/web/site/15ffe3b2893717066df0890b7ce0c9ebc67d9aef202110.pdf.html 


Pendaftaran Kehadiran

https://forms.gle/zJdt7GfJZPnQame99 


❗ Borang Pendaftaran Kehadiran akan mula dibuka bermula selepas habis Ucapan Perasmian sehingga mesyuarat berakhir.


Harap maklum. 


Terima kasih atas kerjasama. 🤗

18 October 2021

CUTI MAULIDUR RASUL TAHUN 2021

 


PEMBUKAAN PRASEKOLAH PASCA PKP 2021



Pembukaan Prasekolah SK Jenderam telah berjaya dilaksanakan dengan baik selaras dengan kebenaran yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang bermula pada hari ini 18 Oktober 2021 (Isnin). Pembukaan sekolah ini hanya melibatkan murid prasekolah sahaja yang meliputi dua buah prasekolah di SK Jenderam. Prasekolah yang terlibat adalah Prasekolah Bestari dan Prasekolah Cemerlang.


Berikutan dengan pembukaan sekolah ini, Guru Besar, PK Pentadbiran, Guru Prasekolah, YPD PIBG dan beberapa AJK PIBG telah turut sama berada di pintu pagar sekolah untuk menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah semula. Turut hadir bersama adalah Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang terdiri daripada dua orang pegawai polis dari Balai Polis Dengkil.

Selain daripada itu, sesi pembukaan sekolah ini juga turut dipantau operasinya oleh En. Alwi bin Che Sulaiman dari Pejabat Pendidikan Daerah Sepang (PPD Sepang). Kehadiran beliau adalah untuk memantau pengoperasian sekolah ketika menerima kehadiran murid dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah semula. Pelbagai perasaan dapat dilihat pada wajah anak-anak yang menggambarkan keceriaan mereka untuk hadir ke sekolah. Ada juga anak-anak yang masih bersedih kerana terpaksa berjauhan dengan ibu bapa untuk hadir ke sekolah kerana telah terlalu lama berada di sisi ibu bapa. 

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi menghantar anak-anak ke sekolah semula. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjadikan kehadiran anak-anak di sekolah suatu realiti. Ini merupakan kayu ukur bagi pihak sekolah untuk menambahbaik operasi yang sedia ada untuk sesi pembukaan sekolah bagi Tahap 1 dan Tahap 2 kelak.

08 October 2021

HARI SUKAN NEGARA 2021


Ayuh Warga Sepang! Aktifkan Diri Anda!


Hari Sukan Negara (HSN) 2021 Peringkat Daerah Sepang.


📍Klik pautan berikut untuk pendaftaran : http://tinyurl.com/hsnselangor


📍Pilih daerah SEPANG


📍 e-Sijil akan dihantar ke e-mel anda selepas 9hb Oktober 2021


✨Terima kasih menyertai HSNSepang2021✨


#HSN2021 

#HSNSepang2021

#TowardsSportingNation

#KeluargaMalaysia

KEM BESTARI SOLAT SK JENDERAM TAHUN 2021


Assalamualaikum dan Salam SENADA,


Panitia Pendidikan Islam SK Jenderam akan mengadakan Kem Bestari Solat 2021 seperti ketetapan berikut:-


Tarikh: 9/10/2021

Hari : Sabtu

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Kediaman masing-masing


Makluman kem akan dimaklumkan pada hari Sabtu di dalam Whatsapp kelas masing-masing.

Diharap semua murid bersedia dan menyertai kem yang akan dijalankan pada hari esok.


Kerjasama semua pihak, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Panitia Pendidikan Islam

SK Jenderam

30 September 2021

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD) TAHUN 2021


PROGRAM : PROGRAM TRASFORMASI DIRI

TARIKH : 30/9/2021 (KHAMIS)

MASA : 10.00-11.00 PAGI

SASARAN : MURID TAHUN 4,5,6

PLATFORM : YOUTUBE


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Senada,


🎯Hari ini murid-murid akan mengikuti ProgramTransformasi Diri seperti yang telah dirancang. Jom kita mulakan. Sila baca dan faham dengan teliti setiap penerangan yang diberikan.


AKTIVITI 1 : 

🎯Sila tonton video aktiviti 'Program Transformasi Diri' di bawah.


https://youtu.be/B-IqctqkAp8


AKTIVITI 2 :

🎯Tonton video 'Nilai Murni' di bawah.


https://youtu.be/52_Uqc792sk


🎯AKTIVITI 3: TUGASAN

(a) Rancang 1 jadual harian anda bermula awal pagi sehingga malam. (guna kertas A4)

(b) Senaraikan nilai-nilai murni menggunakan peta i-Think yang sesuai berdasarkan video yang anda tonton tadi. (guna kertas A4)


🎯Hasil kerja mestilah betul, kemas dan cantik.

*10 pemenang akan dipilih  untuk aktiviti 3 (a)

*10 pemenang akan dipilih untuk aktiviti 3 (b)


🎯Tugasan mesti dihantar selewat-lewatnya 2/10/2021 (Sabtu). Tulis nama dan kelas anda. Sila hantar tugasan anda ke  014-6776609 (Cikgu Saidah) melalui aplikasi Whatsapp.


Sekian terima kasih.


"SELAMAT MAJU JAYA"


Unit Bimbingan & Kaunseling SKJ 

PROGRAM IMUNISASI COVID-19 MURID TAHUN 6 SK JENDERAM

Assalamulaikum w.b.t. dan Salam Senada,

Unit Hal Ehwal Murid, SK Jenderam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Salak dan PPD Sepang akan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 kepada semua murid Tahun 6. Program tersebut akan dilaksanakan seperti jadual di bawah ini:-


Perkara : Program Iminusasi Covid-19 Murid Tahun 6

Tempat : PPV MMU, CYBERJAYA

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/Gca7ASonuFhJcn9g8

Tarikh : 1/10/2021(Jumaat)

Sasaran : Murid Tahun 6

Slot vaksin : 12.00 tengahari

Guru bertugas: Pn. Haslinda (019-667 5402) & Pn. Razliza (012-626 6098)


Ibu bapa atau penjaga diwajibkan hadir bersama anak masing-masing dengan membawa kad pengenalan atau MyKid serta telefon pintar dengan aplikasi MySejahtera. Hanya seorang penjaga sahaja yang dibenarkan hadir bersama dengan murid. Murid-murid digalakkan memakai pakaian yang sesuai semasa pemberian vaksin.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada guru yang bertugas.

Sekian, terima kasih.

22 September 2021

AKTIVITI KOKURIKULUM (KELAB & PERSATUAN)

KELAB & PERSATUAN

Hari              :  Rabu

Tarikh           : 22/9/2021

Masa.           : 2.00 - 4.00 petang

Perjumpaan  : Kali ke-3


Assalamualaikum w.b.t.

✅Mohon semua murid untuk membuat tugasan yang diberi. 

✅Pastikan murid menulis nama penuh & nama kelas dengan lengkap. 

✅Markah kehadiran akan diberi berdasarkan penyertaan murid.

✅Berikut adalah link untuk setiap kelab & persatuan👇🏻


💜 KELAB BAHASA DAN KEBUDAYAAN

Tonton:📌https://youtu.be/jpFGuV2WS3s

Aktiviti:📌https://wordwall.net/ms/resource/22028261

Screenshot markah kamu dan hantarkan ke:

📌https://t.me/joinchat/S0nb2SAMV_l_Svib


💙 PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

Tonton: https://youtu.be/S1t1kqQrlQU

Aktiviti: https://wordwall.net/resource/21981240

Screenshot markah kamu dan hantar ke:

https://t.me/joinchat/OLTM3GArO4UyYzY1

Sekian, terima kasih.


💚 KELAB SPBT

Tonton:https://youtu.be/1qvk4tYC0UU

Aktiviti:Jawab soalan kuiz di bawah :-

https://quizizz.com/join?gc=17285710

Screenshot markah kamu dan hantar ke:

https://t.me/joinchat/O_sH1vQ2M8Q1MThl


❤️ KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Tonton: https://youtu.be/bZSwAveXUtg

Aktiviti: Buat kuiz di link berikut👇🏻

https://wordwall.net/ms/resource/10952396

Kemudian screenshot markah dan hantar ke telegram 

https://t.me/joinchat/kVnjuD8Xjsk1ZWJl


🧡 KELAB RUKUN NEGARA

Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=k-BNxCKwHVs

Aktiviti: https://wordwall.net/resource/20227041/jata-negara

Screenshot markah kamu dan hantar ke Telegram Kelab Rukun Negara. Klik link di bawah:

https://t.me/joinchat/pdVWlV8FKlk3MGE1


Kerjasama daripada anda semua amatlah dihargai...🥰


💖Cikgu Fauziatul Durra

Penyelaras Kelab & Persatuan

SK Jenderam 2021

PEMENANG PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN DAN PERMAINAN PERINGKAT SK JENDERAM TAHUN 2021

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah berjaya mendapat tempat bagi Pertandingan Kemahiran Sukan dan Permainan Peringkat SK Jenderam Tahun 2021.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang telah membantu melatih dan merakam video peserta untuk pertandingan tersebut.

Setingg-tinggi penghargaan diberikan kepada murid-murid yang telah menyertai pertandingan tersebut. Murid-murid yang kurang bernasib baik, jangan mudah berputus asa. Teruskan dengan latihan dengan bersungguh-sungguh. Kejayaan pasti milik anda.

PERUBAHAN TARIKH AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM TAHUN 2021

Berikutan penundaan tarikh peperiksaan UPKK 2021, terdapat perubahan takwim perjumpaan aktiviti mingguan kokurikulum.

Berikut dilampirkan jadual aktiviti kokurikulum yang baharu sebagai panduan ibu bapa/penjaga. 


Kerjasama daripada ibu bapa dan penjaga adalah kami harapankan. Pihak sekolah memohon maaf di atas segala kesulitan.

Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan. Sekian, harap maklum.


PK Kokurikulum

SK Jenderam