23 October 2014

HARI SUKAN SK JENDERAM 2014


Pada 21 Oktober 2014, SK Jenderam telah menjalankan Sukan Tahunan 2014. Semua murid dan guru memberikan kerjasama yang baik. Suasana sukan lebih meriah dengan kehadiran ibu bapa yang menyokong dan membantu dalam menjayakan sukan tahunan SK Jenderam. Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
murid-murid bersemangat menjalankan acara tarik tali.......

guru memeriahkan suasana...;)

penyampaian piala kepada para pemenang.....

pra sekolah memulakan larian....





Penyampaian Pemenang keseluruhan rumah sukan
penyertaan ibu bapa dalam acara khas......;)

ALFA GO...ALFA GO....

di sini lahirnya juara.....:)

SIGMA RUSH... SIGMA RUSH

CRAZY FROG....GO GAMA

13 October 2014

KEJOHANAN KRIKET PERINGKAT DAERAH SEPANG


Pada 13 Oktober 2014, telah berlangsung Kejohanan Kriket daerah Sepang di SK Jenderam. Tiga buah sekolah telah menyertai kejohanan iaitu SJKT Taman Permata, SK SG. Rawang dan SK Jenderam. Kejohanan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.
aksi balingan yang penuh semangat......

pukulan maut....
 SK Jenderam telah merangkul sebagai Juara. Manakala SK SG. Rawang Naib Johan dan SJKT Taman Permata menduduki tempat ketiga. Seramai 5 orang pegawai bertugas yang telah bertungkus lumus menjayakan Kejohanan kriket daerah seepang 2014.


penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta

 Ucapan tahniah & terima kasih atas kemenangan dan kerjasama yang diberikan.....
kenangan bersama...skuad kriket 2014;)

08 September 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKJ 2014

Sempena bulan yang Mulia, Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan Program Tadarus al-Quran sepanjang bulan Ramadan. Seramai 60 orang peserta terlibat yang terdiri daripada tahun 3 hingga tahun 6. Majlis Khatam al-Quran telah diadakan bagi meraikan para peserta selain tujuan utama mendekatkan diri para guru dan murid-murid dengan ayat-ayat suci al-Quran



HARI GURU SKJ 2014

tanggal 16 Mei pada setiap tahun, pasti semua guru akan diraikan sempena Hari Guru Sedunia. Tujuan Hari Guru diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak-anak bangsa. 

JIKA HARI INI  SEORANG MENTERI BERKUASA.
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA,
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA,
JIKA HARI INI SEORANG PENULIS TERKEMUKA,
JIKA HARI INI SESIAPA SAHAJA MENJADI DEWASA,

SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA,
YANG TIDAK JEMU MENGAJAR TULIS DAN BACA.  





MERENTAS DESA 2014





15 March 2014

KEM BESTARI SOLAT 1/2014

Alhamdulillah pada 15 Mac 2014, telah diadakan Kem Bestari Solat 1/2014 bagi murid-murid tahap 1.
Kehadiran murid amat baik. Semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF terlibat dengan dibantu oleh murid-murid turus tahun 4 dan tahun 5. Ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Majid Ar-Redha Kg. Jenderam Hulu dalam bersama-sama menjayakan program KBS yang dijalankan. Semoga usaha ini mendapat Rahmat dan Keberkatan Ilahi dalam melahirkan Generasi Soleh dan Solehah;)




22 February 2014

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2014



MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA MURID-MURID TAHUN 6

Pada 8 februari 2014, jam 8.30 pagi telah diadakan Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa murid-murid Tahun 6. Majlis ini bertujuan memastikan ibu bapa mengetahui dengan lebih jelas tahap pencapaian anak-anak mereka. Majlis ini dikendalikan oleh YM Raja Maimunah bt Raja Harun, GB SK Jenderam.

Majlis dipengerusikan oleh En. Mohamed Suhairie



19 February 2014

MESYUARAT AGONG PERSATUAN IBU BAPA & GURU SKJ 2014

Pada 8 Februari 2014, 10.00 pagi telah diadakan Mesyuarat Agong PIBG SKJ 2014.

Pendaftaran kehadiran ibu bapa 

Ucapan YDP PIBG 2013

Ucapan GB SKJ, YM Raja Maimunah bt Raja Harun




Senarai AJK PIBG sesi 2014

26 January 2014

KURSUS KEPIMPINAN & PENGUKUHAN DIRI 2014

KURSUS KEPIMPINAN & PENGUKUHAN DIRI telah dijalankan pada 25 Januari 2014. Kursus ini di bawah anjuran Unit Disiplin SKJ dan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKJ.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Fauziatul Durra binti Ahamad Fauzi dan telah disertai oleh semua Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Kursus ini telah berjalan dengan baik dan lancar atas komitmen guru-guru yang terlibat serta para peserta yang memberikan kerjasama yang baik.







25 January 2014

BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2014

Pada 24 Januari 2014, Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah anjuran Pusat Sumber Sekolah telah dijalankan di Pusat Sumber SK Jenderam. Bengkel ini keseluruhannya telah dikendalikan oleh Puan Hamifah binti Hamid selaku Guru PSS SKJ 2014.

Bengkel berjalan dengan lancar dan baik atas komitmen guru dan kerjsama yang diberikan oleh para peserta.