19 September 2012

Anda Guru Generasi Apa?


Anda Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Generasi Apa?
Apa kelebihan dan kelemahan anda?

Sepanjang karier sebagai guru, pernahkah anda mengamati faktor-faktor cabaran yang datangnya daripada sifat sesuatu generasi? Sebelum tulisan ini diteruskan suka di sini mengingatkan kembali beberapa generasi yang kini mungkin sedang berkhidmat di bidang pendidikan sama ada sebagai guru ataupun pensyarah. Sepintas lalu ini hanyalah satu coretan berdasarkan beberapa kajian yang dibuat oleh para pengkaji. Ia bukan bertujuan untuk menonjolkan kelemahan mana-mana generasi tetapi merupakan satu panduan umum dalam membangunkan potensi guru sebagai sumber manusia yang sangat penting.

Generasi yang masih berkhidmat tetapi tergolong sebagai "guru lama" iaitu mereka yang berusia lingkungan 50 tahun hingga 58 tahun (daripada tarikh artikel ini diterbitkan) merupakan generasi "babyboomers" iaitu mereka yang lahir selepas perang dunia kedua. Guru generasi X pula guru yang berusia antara 28 tahun hingga 49 tahun iaitu mereka yang lahir pada tahun 1961 hingga 1982. Generasi Y pula adalah mereka yang kini berusia 15 hingga 27 tahun iaitu mereka yang lahir selepas tahun 1983 hingga 1995. (terminologi generasi ini mungkin berbeza mengikut negara-negara tertentu seperti US, Australia, Perancis iaitu mengikut yang diperdebatkan)

Guru generasi babyboomers merupakan guru yang kerapkali dilabelkan sebagai guru yang jumud dan buta teknologi terutamanya komputer (namun ada segelintir yang hebat sehingga menjadi pensyarah teknologi maklumat di universiti). Mereka sering mengalami masalah dalam melaksanakan tugasan dan arahan yang melibatkan teknologi tetapi sangat peka dengan persekitaran sosial masyarakat. Jika mereka tidak menjawat jawatan sebagai pentadbir, pihak pentadbiran biasanya tidak akan memberi tugasan yang melibatkan teknologi komputer contohnya setiausaha peperiksaan, guru data dan sebagainya tetapi mereka diberi tugasan yang bersifat sosial seperti pentadbiran murid, disiplin, kebajikan dan sebagainya. Mereka mempunyai kelebihan interpersonal yang sangat baik, bijak berdiplomasi dan peka dengan personaliti dan psikologi kanak-kanak

Guru generasi X pula merupakan guru yang terkenal dengan sifat inovatif, mempunyai inisiatif yang tinggi dan berani membuat pembaharuan. Namun mereka juga dikenali sebagai generasi "keras kepala" kerana sering tidak bersetuju dan tidak sehaluan dengan generasi babyboomers dan Generasi Y. Guru generasi X juga dikaji sebagai mereka yang lebih versatile ketika bertugas (boleh diletakkan dalam mana-mana bahagian tanpa banyak masalah), mudah terpengaruh dengan idealisme baru yang bersifat rasional dan lebih terdedah dengan aktiviti penipuan. Guru-guru ini kebanyakkan kini sedang menjawat jawatan penting di sekolah seperti ketua-ketua panitia, ketua-ketua bidang dan sebagian kecil menjadi GPK dan guru besar atau pengetua. Pentadbiran PPD atau sekolah seharusnya memanfaatkan kebolehan mereka dan membangunkan potensi mereka secara lebih komprehensif.

Guru generasi Y pula merupakan guru-guru baru yang berusia antara 23 hingga 27 tahun dan kebanyakkan mereka adalah guru berijazah (KPLI, KPLSPM, DPLI). Mereka merupakan generasi MTV yang amat peka dengan perkembangan teknologi semasa dan sangat mahir dalam teknologi maklumat. Mereka mempunyai kelebihan yang tinggi dalam mengikuti sebarang perubahan namun lemah dalam pengurusan murid, bersifat fleksibel yang agak tinggi, kurang peka dengan perubahan tingkahlaku dan psikologi murid. Pihak pentadbiran mempunyai cabaran yang besar dalam membangunkan kualiti interpersonal guru-guru generasi Y ini namun ia adalah satu cabaran baru yang perlu dilihat sebagai serius kerana mereka merupakan pendidik kepada generasi millenium iaitu generasi yang sangat muda dan terdedah dengan cabaran dunia tanpa sempadan.



10 June 2012

DINNER SKJ 2012...BERTEMU & BERPISAH

aktiviti memotong kek

sesi pendaftaran para tetamu yang hadir


GPK Koko, En. Razalli bersama hadir memeriahkan suasana

sama-sama menikmati juadah yang disediakan











penyampaian cenderamata kepada guru yang bertukar

MAJLIS PERSARAAN STAF SKJ, EN. MOHD SARIFF

penyampaian kad murid kepada En. Sariff

motor berhias


keberangakatan tiba para tetamu khas, En. Mohd Sariff

ucapan daripada YDP PIBG SKJ


ucapan daripada insan yang dirai, En. Mohd Sariff

kenangan bersama En. Mohd Sariff

25 April 2012

Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang

 ISNIN, 23 April - Pelancaran Guru Penyayang telah dijalankan pada perhimpunan mingguan SKJ. Pelancaran bermula pada pukul 8.00 pagi, diikuti oleh ucapan Guru Besar. Selepas itu, semua murid yang menyambut hari lahir pada bulan April diraikan dengan nyanyian dan pemberian cenderamata. Upacara berakhir pada pukul 8.10 pagi. 
 
 

KEM BESTARI SOLAT 2

SABTU, 21 April KBS melibatkan murid tahap 1 sahaja seramai 88 orang. Semua guru GPI dan
j-Qaf terlibat menjayakan aktiviti dengan bantuan guru-guru yang lain. Aktiviti diadakan mengikut 4 checkpoint yang disediakan. Checkpoint pertama diadakan di Surau, ke-2 di Makmal Sains, ke-3 di kelas Tahun 1 dan ke -4 di kelas Tahun 2. Semua murid telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan.

MODUL PROGRAM
 
Tahun
Modul
1
oNiat Solat
oBacaan Doa Iftitah
oBacaan Ruku’, I’tidal Dan Sujud
oBacaan Duduk Antara Sua Sujud
2 & 3
oDoa Iftitah
oBacaan Ruk’u, I’tidal, Sujud Dan Duduk Antara Dua Sujud
oBacaan Tahiyyat Awal/Akhir
oDoa Qunut



 CHECKPOINTS         

BIL.
GURU
MODUL
TEMPAT
1.
Ustaz Mohd Rizal bin Abd Razak
Ustazah Nor Zarina bt Abu Seman
Tahun 1
Niat Solat
Tahun 2 & 3
Doa Iftitah
Surau
2.
Ustazah Nur Fadhillah Muzammil
Puan Nik Siti Nurfadzilah Abd Rahim
Tahun 1
Doa Iftitah
Tahun 2 & 3
Bacaan Ruku’,I’tidal, Sujud Dan Duduk Antara Dua Sujud
Kelas 2 C
3.
Ustazah Faridah bt Hamid
Puan Hamimah bt Jamil
Tahun 1
Bacaan Ruku’,I’tidal Dan Sujud
Tahun 2 & 3
Bacaan Tahiyyat Awal/Akhir
Makmal Sains
4.
Ustazah Endon bt Mohamad Nali
Puan Maznah bt Mohd Noor
Tahun 1
Bacaan Duduk Antara Dua Sujud
Tahun 2 & 3
Doa Qunut
Kelas 1 C

17 April 2012

PENGUMUMAN: SEKOLAH GANTI

Adalah dengan ini dimaklumkan kepada semua warga SKJ bahawa pada hari Sabtu ini bersamaan dengan 21hb April 2012, adalah hari persekolahan biasa. Sekolah ganti ini adalah sempena menggantikan cuti Hari Raya Aidiladha.

Jadual waktu persekolahan adalah mengikut hari Khamis.
1. Pelajar Tahap 1 akan mengikuti Kem Bestari Solat 2.
2. Pelajar Tahap 2 akan mengikuti Program Cermin Kendiri 2012 (anjuran bersama PIBG, Masjid Ar-Ridha dan pihak sekolah) pada awalnya. Selepas itu pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

Terima kasih.

19 March 2012

35 Petua Pelajar Cemerlang (Bahagian 2)

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:

  • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
  • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
  • mengingat kembali (recall)
  • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:

  • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
  • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
  • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
  • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

16 March 2012

35 Petua Pelajar Cemerlang (Bahagian 1)

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pensil/pen di tangan
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum

09 March 2012

Sebelum tiba detik itu..

Ayuh...jangan lengahkan!!

Salam Ceria SKJ

Assalamualaikum...
Alhamdulillah kerana dengan berkat keizinan dariNya jualah blog ini mampu direalisasikan...
Cubaan kali pertama adalah pada tahun 2009. Blog SKJ yang pertama telah pun dihasilkan namun kewujudannya tidak lama..Terbiar sunyi dan sepi. Namun, kali ini, harapan menggunung tinggi..diharapkan blog ini dapat dimanfaatkan bersama khususnya buat warga ceria SKJ....
Semoga langkah kedua ini tidak akan menemui titik noktahnya..(^_^)v