07 September 2015

KEMBARA SEJARAH SK JENDERAM

Pada 5 September 2015, Panitia Sejarah telah menganjurkan Lawatan Sejarah ke Seremban. Lawatan dikelolai oleh Puan Nor Hamifah binti Hamid, guru Sejarah tahun 4 dan tahun 5. Lawatan telah disertai oleh 40 orang murid dan diiringi oleh 4 orang guru.


Kilang Coklat Beryls

Kilang yakult

Lawatan ke Muzium 

Jelita Ostrich Farm Malaysia

MOHON RESTU UPSR

Sempena UPSR yang akan dihadapi oleh murid-murid tahun 6 pada 8 - 10 September 2015, satu Majlis Mohon Restu Guru telah diadakan pada 4 September 2015, Jumaat. Majlis bertujuan memberi peluang kepada semua guru untuk berjumpa dan memberi semangat kepada semua calon UPSR SK Jenderam.




01 September 2015

SEMARAK KEMERDEKAAN 2015

Pada 28 Ogos 2015, SK Jenderam telah mengadakan Sambutan Semarak Kemrdekaan ke 58. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi. Turut menghadiri ialah Alumni SK Jenderam dan AJK PIBG SKJ 2015. Sambutan sangat meriah dan berjalan dengan lancar.