08 September 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKJ 2014

Sempena bulan yang Mulia, Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan Program Tadarus al-Quran sepanjang bulan Ramadan. Seramai 60 orang peserta terlibat yang terdiri daripada tahun 3 hingga tahun 6. Majlis Khatam al-Quran telah diadakan bagi meraikan para peserta selain tujuan utama mendekatkan diri para guru dan murid-murid dengan ayat-ayat suci al-Quran



HARI GURU SKJ 2014

tanggal 16 Mei pada setiap tahun, pasti semua guru akan diraikan sempena Hari Guru Sedunia. Tujuan Hari Guru diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru dalam mendidik anak-anak bangsa. 

JIKA HARI INI  SEORANG MENTERI BERKUASA.
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA,
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA,
JIKA HARI INI SEORANG PENULIS TERKEMUKA,
JIKA HARI INI SESIAPA SAHAJA MENJADI DEWASA,

SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA,
YANG TIDAK JEMU MENGAJAR TULIS DAN BACA.  





MERENTAS DESA 2014